Resipi Nasi Ayam Penyet Mudah

Bahan-Bahan untuk Perapan Ayam

1 ekor ayam (ayam dipotong ikut kesesuaian biasanya dipotong 4 atau 8 dan cuci ayam bersih-bersih)
ayam kemudian direbus hingga empuk, ita tambahkan kiub ketika merebus ayam. bila dah empuk angkat dan toskan
#Note : air rebusan ayam jangan dibuang kita gunakan untuk membuat sup dan menanak nasi

Bahan Perapan

1/2 sudu besar jintan manis
1/2 sudu besar jintan putih
3 sudu besar ketumbar
*semua bahan tadi digoreng dalam kuali tanpa minyak hingga harum
3 ulas bawang putih
1 sudu teh garam
1 sudu besar kunyit serbuk BABAS
1 sudu besar serbuk kari ayam atau daging BABAS
1 cm halia
1 biji telur (tambahan untuk ayam yang berkeriuk rangup)
1/2 sudu besar serbuk lada putih
1/2 cawan tepung beras (tambahan untuk ayam berkeriuk rangup)
sedikit air untuk mengisar
minyak untuk menggoreng

Cara Membuat Ayam Penyet

#1: pertama, goreng jintan putih, jintan manis dan ketumbar di dalam kuali tanpa minyak sampai harum. kemudian masukan bahan yang disangai tadi bersama serbuk lada putih, halia, garam ,bawang putih, serbuk kari, dan serbuk kunyit.

#2: tambahkan sedikit air dan kisar sampai halus. bila dah halus, lumurkan pada ayam yang dah kita rebus tadi. (bila anda ingin rasa yang lebih sedap perap ayam semalaman sebelum digoreng dan bagi anda yang nak cepat 2 hinga 3 jam pun boleh).

Note: Baki ramuan perapan ayam tu jangan dibuang, anda boleh ambil sedikit. siapkan bekas berasingan dengan ayam dan gaulkan dengan tahu dan tempe dan perap sekali.

#3: baki perapan ayam atau tahu dan tempe itu kemudian anda campurkan dengan telur dan tepung beras. dan jika kurang masim anda boleh menambahkan sedikit garam dan kacau rata.

#4: celupkan ayam dalam campuran tadi dan goreng ayam sampai kuning keemasan. angkat dan toskan minyaknya. bila anda tak suka dengan ayam yang dicelup tepung anda boleh menggoreng ayam yang diperap tadi.

Note: sebaiknya sebelum menggoreng ayam, tahu dan tempe digoreng terlebih dahulu dan baki minyak tu boleh buat menggoreng ayam.

Bahan untuk Sup Ayam

1 inci halia – dihiris
1 batang serai – dititik
1 bungkus sup bunjut
baki air rebusan ayam
daun bawang dan daun sup – dihiris
bawang goreng – untuk hiasan

Cara Membuat Sup Ayam

#1: baki air rebusan ayam tadi separuh kita buat sup dan separuh lagi kita buat untuk menanak nasi dan panaskan semual atas dapur, kemudian tambahkan halia, serai, dan sup bunjut dan masak hingga mendidih

#2: selepas tu perasakan dengan garam dan taburkan daun bawang dan daun sup (anda boleh taburkan daun bawang bila suka)

Bahan untuk Nasi Ayam

3 cawan beras – cuci bersih dan toskan airnya
6 cawan air rebusan ayam
4 biji pelaga
3 ulas bawang putih
1 batang kulit kayu manis
1 helai daun pandan simpul
2 kuntum bunga lawang
sedikit garam
sedikit butter

Cara Membuat Nasi Ayam

#1: pertama panaskan butter, selepas tu tumiskan buah pelaga, kulit kayu manis, bunga lawang, bawang putih, dan pandan hingga harum. masukan beras dan masak sebentar kurang lebih 5 minit.

#2: masukan air rebusan ayam, perasakan dengan garam dan masak nasi seperti biasa hingga nasi masak sempurna.

Bahan untuk Sambal Penyet

10 tangkai cili padi
10 biji bawang merah – belah 4
10 biji tangkai cili merah
5 biji tomato – belah 4
5 cm belacan bakar
3 sudu besar gula merah
3 biji bawang putih- dihiris
2 sudu makan ikan hilis
limau kasturi atau limau nipis
sedikit minyak untuk menumis

Cara Membuat Sambal Penyet

#1: pertama, panaskan minyak dalam kuali dan goreng ikan bilis hingga garing. angkat dan ketepikan. dengan minyak yang sama goreng bawang merah, tomato, cili merah, dan cili padi hingga layur.

#2: tunggu bahan ini hingga sejuk sikit, kemudian masukan bahan yang digoreng tadi dan ikan bilis ke dalam mesen kisar. kisarkan sekali belacan bakar.

#3: baki minyak kita menggoreng tadi panaskan lagi dan tumiskan semua bahan kisar tadi sampai harum.

#4: terakhir, perasakan dengan sedikit garam dan gula merah. angka dan hidangkan. bila nak makan perahkan limau.


LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here