Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resipi Lasagna Kulit Popia

Resipi Lasagna Kulit Popia Selera Malaysia Terlajak Sedap.
Guna kulit popia je, tak perlu dah kepingan lasagna. Memang terasa kerangupannya.
.
Bahan-bahan:
12 keping kulit popia
3 biji telur
200 ml susu segar
8 keping keju
1 cawan Mozzarella cheese diparut
1 cekak daun sup
1 biji cili merah dihiris
4 sudu besar sos lada hitam
4 sudu besar sos tomato
300 gram daging cincang
3 ulas bawang putih dicincang
1 biji bawang besar dicincang
1 cubit garam dan gula
.
Cara-cara:
Inti Daging
1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau.
2. Masukkan daging dan masak sehingga daging empuk.
3. Masukkan sos lada hitam, sos tomato dengan sedikit air.
4. Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa.
5. Masukkan daun sup dan cili merah.
6. Masak sehingga daging masak dan kering.
7. Ketepikan dan biarkan inti daging sejuk.
.
Lasagna Kulit Popia
1. Sapukan keseluruhan loyang dengan mentega.
2. Pukul telur dan susu sehingga sebati.
3. Celup kulit popia ke dalam bancuhan susu tadi dan susun ke dalam bekas sehingga penuh.
4. Tuangkan separuh dari inti tadi ke atas kulit popia dan ratakan.
5. Susun kepingan keju ke atas daging.
6. Ulangi dan tambah lagi satu keping kulit popia dan daging.
7. Akhir sekali, taburkan parutan keju Mozzarella di atas lapisan atas sekali.
8. Jika ada lebihan telur, siramkan di atas kulit popia.
9. Bakar pada suhu 180ºC lebih kurang 40 minit.
.
Kredit: Mimie Ali

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More…!