waffle rangup

Resepi Waffle Rangup (Anak-anak Mesti Suka)

Waffle ialah kudapan yang dibuat dari adunan tepung. Adunan waffle dibuat daripada tepung naik sendiri atau tepung roti dan dicampur bahan kering lain seperti horlick, yis, gula dan baking powder. Adunannya pula dibuat agak cair.

Kanak-kanak suka sangat makan waffle. Waffle punya permukaan corak kiub mengikut acuan waffle. Cara memasak waffle ialah dibakar di atas api membuat waffle jadi rangup.

Waffle selalu dihidangkan dengan dengan meletak topping di atasnya kemudian dilipat dua. Biasanya topping yang diguna ialah coklat, jem kacang, blueberry dan lain-lain. Waffle disukai disebabkan ia senang dibawa dan senang dimakan. Kudapan ini sangat sesuai dijadikan menu sarapan kerana ia lumayan mengenyangkan.

Jom buat waffle rangup dan lembut ala Norhayati Yet yang berkongsi di laman Facebook. Gerenti satu keluarga mesti suka. Bahkan resepi ini boleh dijadikan untuk berniaga. Selamat mencuba.

Resepi Waffle Rangup Gebu

waffle rangup
Imej via Facebook

Bahan kering :

  • 3 cawan tepung naik sendiri/tepung roti,
  • ½ cawan horlick (saya campur serbuk jagung),
  • ½ sudu besar yis kering,
  • 1 sudu besar gula,
  • ½ sudu kecil garam,
  • ½ sudu kecil baking soda.
  • Campurkan semua bahan di atas, gaul sebati, ketepikan dulu.

Bahan basah :

  • 2 2/3 cawan (620 gram) susu full krim/segar,
  • 115 gram butter,
  • 2 biji telur.

Cara-cara :

  1. Campurkan susu dan butter dalam periuk.
  2. Panaskan dengan api kecil hingga butter cair. (Boleh juga panaskan guna microwave)
  3. Jika butter cair, tutup api. Campuran ini mestilah suam kuku, tujuannya untuk aktifkan yis.
  4. Kalau terlalu panas, sejukkan dulu.
  5. Apabila campuran tadi sudah suam, masukkan telur. Pukul sebati guna whisk.
  6. Tuang bahan ke dalam bekas bahan kering tadi. Pastikan guna bekas besar sebab adunan akan mengembang.
  7. Kacau sebati gunakan whisk. Tutup bekas tadi rapat-rapat atau cover guna plastik food wrapper.
  8. Rehatkan adunan 10 minit hingga 2 jam lebih pada suhu bilik.
  9. Semakin lama adunan dibiarkan, semakin gebu waffle nanti. Saya biarkan adunan 2 jam lebih, dari separuh bekas ia mengembang 2 kali ganda penuh bekas tadi.
  10. Jika adunan sudah siap, boleh panaskan waffle maker.
  11. Tuang adunan tadi dan masak hingga keperangan dan garing. (Timing bergantung pada jenis waffle maker, sila rujuk manual waffle maker anda).

Nota :

  1. Adunan ini boleh disimpan dalam bekas kedap udara di dalam peti ais tapi dengan syarat adunan sudah rehat pada suhu bilik selama lebih 2 jam.
  2. Bila ingin makan waffle, boleh guna adunan yang disimpan dalam peti ais tadi. Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi waffle rangup, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

Total
1
Shares
Previous Article

Resepi Lemak Putih Kobis (Masakan Ringkas Konsep Kampung)

Next Article
sos cheezy wedges

Resepi Sos Cheezy Wedges (Creamy Macam KFC)