Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Vanila Oreo Milkshake Yang Kaw Mengancam

author name

Resepi kali ini merupakan resepi milkshake yang menggabungkan Oreo vanila bersama susu. Ianya merupakan minuman bercoklat yang mengenyangkan yang pasti digemari oleh terutamanya kanak-kanak. Pembuatannya juga amatlah mudah di mana bahannya mudah didapati. Selain daripada kanak-kanak orang dewasa juga amat menggemari apa sahaja minuman yang menggunakan oreo dan susu ini. Berikut adalah bahan-bahannya yang boleh anda dapati di kedai berdekatan.

Bahan-bahan

  •  ½ bungkus Oreo
  • 1 skop aiskrim vanila 
  • 1-1-2 gelas susu 
  • Ais secukupnya.
  • Mula-mula patah-patahkan biskut Oreo dan masukkan ke dalam mesin pengisar. 
  • Kemudian tambah satu scoop aiskrim vanila. 
  • Akhir sekali masukkan susu bersama ais.
  •  Kisar semua bahan sehingga halus dan tuang di dalam kelas pilihan anda. 
  • Siap

Selain daripada menggunakan Oreo anda juga boleh menggunakan apa jua jenis biskut yang anda suka. Rasa minuman ini mengenyangkan dan tidak terlalu manis namun jika anda suka manis anda boleh tambah susu pekat secukup rasa. Namun perlulah diingatkan disini “biar manis senyuman jangan manis minuman” supaya anda kekal sihat. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *