Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Udang Goreng Kunyit (Macam Digerai)

author name

📄

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi Yang ringkas mudah dan cepat di situ udang goreng adalah sejenis masakan yang diubah suai daripada resepi ayam goreng kunyit. Masakan ini amat mudah disediakan dan bahan-bahan juga mudah didapati. Antara bahan-bahan yang digunakan ialah bawang besar bawang putih halia cili api dan sudah tentu lah serbuk kunyit. Masakan ini amat sedap dihidang ketika anda ingin sesuatu yang mudah disediakan. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan

Resepi Udang Goreng Kunyit

Bahan-bahan

  • 10 ekor udang sederhana besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 biji cili padi
  • 1 biji cili merah – hiasan
  • 1 ulas bawang besar – potong nipis
  • 1 sudu makan sos tiram
  • daun bawang – hiasan
  • garam, gula
  • sedikit kunyit
  • minyak untuk menggoreng

Kaedah

  • Udang dibersihkan dan gaul dengan sedikit garam dan kunyit, ketepikan. Bawang putih dan cili padi ditumbuk kasar dan tumiskan dengan sedikit minyak sehingga naik bau. 
  • Masukkan bawang besar dan biarkan seketika. 
  • Masukkan udang tadi dan goreng sehingga masak. 
  • Masukkan sos tiram dan kacau. 
  • Perasakan secukupnya dengan garam dan gula. Masukkan cili merah dan daun bawang yg telah dipotong.
  • Siap!

Bagi mendapat akan rasa yang lebih sedap pastikan anda menggunakan udang yang segar dan besar. Antara udang yang sesuai ialah yang berwarna kelabu dan bersaiz besar. Begitu ringkas bahan yang diperlukan anda pasti akan berjaya menyediakan hidangan yang ringkas tetapi sedap. Oleh itu selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ingin mencuba lagi resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa lagi resepi yang boleh anda cuba. Confirm menjadi punya! Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini!

Resepi Sotong Masak Kunyit

Resepi Daging Goreng Kunyit

Resepi Ayam Goreng Kunyit

.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *