Resepi Terung Masak Taucu (Masakan Lain Macam)

Resepi kali ini ialah resepi yang sesuai bagi menu makan tengah hari atau malam. Terung adalah sejenis sayur yang mudah didapati dinegara kita, harganya juga agak murah. Tahukah anda terung dipercayai berasal dari India dan Srilangka serta mempunyai beberapa warna antaranya berwarna ungu, hijau dan putih. 

Terung terutamanya yang berwarna ungu mempunyai pebagai khasiat yang baik untuk kesihatan. Ia kaya dengan kalsium, mineral, serat, bioflavonoid serta vitamin K. Malah kajian pakar turut mengakui terung juga baik untuk kesihatan otak dan jantung. Oleh itu kali ini kita akan kongsikan resepi terung masak taucu.

Resepi Terung Masak Taucu. (Masakan Lain Macam)

Bahan-bahan

  • 2 biji terung bulat
  • Cili api 5 biji
  • Bawang merah 2 ulas
  • Bawang putih 1 ulas
  • Ikan bilis 1 sudu
  • Taucu 1 sudu besar

Kaedah

  • Basuhkan terung dan potong baji.
  • Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili api dan ikan bilis.
  • Tumiskan bahan-bahan yang telah ditumbuk.
  • Bila telah naik bau, masukkan garam dan serbuk perasa secukupnya.
  • Sekarang masukkan terung yang telah dipotong baji.
  • Tambahkan air jika perlu dan tutup kuali tersebut.
  • Masak sehingga terung empuk.
  • Kacau sehingga semua sebati.
  • Siap.

Terung merupakan sayuran yang pelbagai guna dan ia mudah diolah dengan pelbagai cara untuk memasaknya. Antara yang popular ialah pajeri. Ia enak dimakan bersama nasi dan kurma ayam. Atau dibakar begitu sahaja dan dinikmati bersama sambal belacan.

Masakan ini mempunyai rasa yang masam-masam dan pedas, ia boleh melengkapkan hidangan tengahari anda bersama keluarga. Jadi jangan lupa untuk mencuba ya.

Resepi Lain Yang Menarik

Terima kasih kerana singgah ke laman kami,disini kami ada pelbagai lagi resepi yang terbukti menjadi. Jadi selamat mencuba jangan lupa like dan share.


Total
0
Shares
Previous Article

Resepi Bubur Kacang (Sukatan untuk 2 Orang)

Next Article

Resepi Ikan Kerisi Goreng Tepung (Resepi Paling Mudah)