Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Tepung Premix Goreng Ayam Sedap Lagi Buat Sendiri

author name

📄 ,

Seterusnya resepi ini adalah tepung segera yang dibuat untuk menggoreng. Dan bahan yang digoreng biasanya ialah ayam atau ikan. Tepung segera ini amat popular dan biasanya dijual di supermarket. Namun begitu sebenarnya anda boleh menyedianya sendiri mengikut selera anda. Malah bahan-bahannya juga amat mudah untuk ditemui di kedai yang berdekatan.

Bahan yang digunakan ialah tepung gandum, tepung beras, serbuk perasa, garam dan berapa lagi bahan lain yang akan kita kongsikan seperti berikut.

Bahan-bahan

  • 1 cawan tepung gandum
  • ½ cawan tepung beras
  • 2 sudu teh serbuk bawang
  • 1 sudu teh serbuk bawang putih
  • ½ sudu gen serbuk halia
  • 1 sudu teh serbuk ketumbar
  • ½ sudu teh serbuk jintan halus
  • ½ sudu teh serbuk jintan manis
  • 11/2 sudu teh garam
  • ½ sudu teh ajinomoto 
  • 2 sudu teh serbuk cili/paprika

Kaedah 

  • Campurkan semua bahan dan kacau sebati.
  • Ayak jika perlu dan simpan didalam bekas kedap udara.

Cara penyediaan

  • Tambahkan tepung kepada bahagian ayam yang telah dibersihkan.
  • Perap sebentar,
  • Sediakan minyak yang cukup untuk menggoreng
  • Sebelum goreng ayam yang telah diperap, gaul sekali lagi dengan tepung.
  • Goreng dengan api sederhana sehingga masak.
  • Siap

Tepung beras dan tepung gandum digunakan kerana ia memberi rasa yang lebih rangup didalam salutan tepung goreng ayam. Manakala bahan seperti serbuk bawang, bawang putih dan halia adalah untuk memberi rasa yang lebih sedap. Selain daripada menggunanya sendiri sebenarnya anda juga boleh menjual tepung ini  kerana ayam yang digoreng menggunakan tepung ini sangat sedap dan setanding yang dijual dipasaraya. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *