Resepi Tepung Cake Premix Senang Boleh Buat Sendiri Je

Resepi kali ini akan membawa kepada anda cara untuk menyediakan tepung kek sendiri. Menjadi ke biasa kepada mereka yang membuat kek untuk menggunakan tepung kek. Tepung kek adalah tepung gandum yang lebih halus, biasanya ia digunakan kerana ia mengahasilkan kek yang lebih halus teksturnya.

Namun begitu sebenarnya kek ini boleh disediakan sendiri, terutama bila kehabisan stok tepung kek. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan 

  • 2 cawan tepung gandum
  • 4 sudu besar tepung jagung

Kaedah

  • Mula tuang tepung gandum didalam satu bekas
  • Keluarkan 4 sudu besar tepung gandum
  • Kemudian tambahkan 4 sudu besar tepung jagung
  • Ayak lebih 5-6 kali agar tepung benar-benar halus.
  • Siap!
Antara kek yang boleh dibuat dengan tepung kek ini

Sebaik-baiknya sediakan tepung ini mengikut sukatan adunan pilihan anda. Simpan didalam bekas kedap udara dan guna bila-bila masa anda perlukan. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Total
0
Shares
Previous Article

Resepi Sambal Belacan Mangga Pedas Manis Kaw

Next Article

Resepi Sambal Belacan Tomato Yang Simple Tapi Sedap