Resepi Telur Rebus Separuh Masak ( Sebiji Seperti Dikedai Mamak)

Resepi kali ini nampak sangat ringkas,tapi jika tidak kena dengan caranya pasti mengundang rasa kecewa. Jadi mari belajar dan fahami dulu cara merebus telur separuh masak sebiji macam dikedai mamak.

Telur adalah sejenis sumber protin yang mengenyangkan. Dua biji telur yang diambil di sebelah pagi boleh membantu anda kenyang hingga ke tenghari. Sebab itulah orang zaman dahulu gemar mengambil telur sebagai sarapan pagi sebelum masuk ke kebun atau ke bendang. Ia bukan sahaja mengenyangkan tetapi juga memberi tenaga yang mencukupi. Dan sebab itu jugala mereka kekal kurus serta tidak gemuk.

Jadi apa kata kitalihat bahan-bahan yang diperlukan.

Resepi Telur Rebus Separuh Masak ( Sebiji Seperti Dikedai Mamak)

Bahan-bahan utama

  • Telur 2 biji
  • Air secukupnya
  • Bekas merebus telur.
  • Kicap dan lada sulah

Kaedah

  • Masak air hingga panas mengelegak.
  • Masukkan dalam bekas hingga kegarisan paling atas.
  • Tunggu sehingga air habis keluar.
  • Siap dan bolehlah dipecahkan dan ditambah kicap dan lada sulah.

Sebelum kita merebus telur adalah penting untuk memilih telur yang masih baru. Paling penting bukan telur tembelang, sebab jika pecah telurnya alamat busuklah seisi rumah. Elakkanlah ya, oleh itu mari belajar memilih telur yang masih baru.

Image via Google

Jika anda telah kenal pasti telur yang elok, untuk hasilkan telur separuh masak yang elok masak putihnya dan elok kuningnya. Anda boleh menggunakan bekas khas seperti didalam gambar ini.

Tambah air panas hingga garisan paling atas.
Sarapan pagi paling ringkas.

Dengan cara ini,anda pasti tidak akan kecewa kerana suhu dan masa yang diperlukan telah ditetapkan oleh bekas merebus tadi.

Sesuai untuk anda yang sibuk bekerja, sementara menunggu telur masak anda boleh bersiap ke tempat kerja. Lebih sedap jika telur ini dimakan bersama roti bakar dan kopi hitam, barulah terasa seperti di kopitiam.

Resepi Lain Yang Menarik

Terima kasih kerana melayari laman web kami. Disini ada pelbagai koleksi resepi yang telah dicuba dan terbukti menjadi.Jadi jangan lupa mencuba ya.

Give a Comment