Resepi Teh Masala Yang Femes Di Cameron Highland

Resepi yang dibawa kali ini merupakan sebuah resepi minuman panas yang amat popular di Cameron Highland. Teh Masala ini berasal dari negara India, ia adalah minuman teh yang dimasak bersama rempah ratus dan ditambah susu manis dam susu cair.

Jika anda pernah berkunjung ke Cameron Highland dan rindu akan rasa teh Masala anda boleh cuba sendiri resepi ini, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • Serbuk teh 3 sudu

Bahan tumbuk

  • Sedikit kayu manis 
  • Bunga cengkih
  • Halia 
  • Buah pelaga

Kaedah

  • Rebus kan semua bahan tumbuk hingga mendidih dan mengeluarkan aroma yang menarik.
  • Kemudian baru masukkan serbuk teh mengikut kepekatan yang diingini.
  • Penyediaan teh Masala 
  • Tuang ari rebusan teh didalam bekas yang diingini.
  • Kemudian tambah susu pekat sedikit dan selebihnya tambahkan susu cair.
  • Siap!

Resepi ini sebenarnya ialah olahan sahabat kepada jiran saya namanya Che Bibi, kredit harus diberi pada beliau. Minuman ini amat enak dihirup terutama ketika cuaca sejuk. Anda dapat merasai nikmat rasa pedas,manis dan berlemak. Sebaliknya jika anda tidak pernah mencuba teh ini, dengan perkongsian kali ini anda boleh menikmati sendiri rasa teh yang amat menyegarkan ini. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *