Resepi Tauhu Sumbat (Resepi Lauk Sampingan)

Resepi kali ini,merupakan resepi yang dijadikan menu sampingan. Boleh dikatakan kategori kuih muih. Masa kecil, Madam sangat mengemari tauhu sumbat. Ada beberapa versi tauhu sumbat dan kuahnya. Namun yang paling asa ialah tauhu sumbat simple yang akan Madam bawakan kali ini dan kuah mudah ditemui ialah kuah sos merah. Manis, masam tetapi tidak pedas.

Tauhu adalah makanan yang berasal dari negeri China, ia dihasilkan menerusi proses penapaian. Oleh itu ia sangat sihat dan bermanafaat untuk tubuh badan kita. Tahukah anda tauhu sangat elok untuk wanita yamg mengalami menopause. Ia mampu mengurangkan gejala menopause seperti hot flush. Ini kerana tauhu mengandungi satu bahan yang mimik hormon estrogen. 

Jadi sebelum kita sambung cerita lagi, mari lihat cara mudah membuat tauhu sumbat ini.

Bahan-bahan 

  • 2 keping tauhu putih
  • Suku batang timun ( kupas dan hiris nipis)
  • Suku batang lobak merah (kupas dan hiris)
  • Sedikit tauge yang mencukupi.

Kaedah 

  • Basuh dan toskan tauhu.
  • Bila tauhu telah kering dari air, goreng hingga luarnya garing.
  • Keluar dan toskan ia.
  • Apabila telah sejuk, belah tengahnya dan isikan dengan sayur-sayuran yang telah disediakan awal tadi.
  • Sediak untuk dihidangkan bersama sos. 
  • Untuk sos, anda boleh gunaka sos cili biasa atau anda boleh membuatnya.


Rasa tauhu ni sangat sedap jika kita menggunakan tauhu yang segar. Walaupun di negara China ada pelbagai versi tauhu termasuk tauhu busuk yang dijadikan pilihan menu, namun dimana-mana di pelusok dunia ini tauhu mudah ditemui dan tetap menjadi pilihan.

Jadi apa kata anda mencubanya untuk hidangan keluarga anda. Antara menu yang paling sesuai digandingkan dengan tauhu sumbat ialah nasi ayam. Atau anda boleh jadikan ia sebagai snek minuman petang. 

Resepi Lain Yang Menarik

Inilah antara resepi paling ringkas dan sangat sedap. Anda perlu mencubanya. Selain dari itu,laman web ini juga mempunyai banyak resepi lain yang menarik serta telah dicuba. Selamat mencuba.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *