Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Tauhu Inti Bihun Lain Macam Tapi Mengancam

Resepi kali ini merupakan sejenis makanan yang amat sesuai dojadikaan hidangan minum petang. Tauhu berinti bihun ini bukanlah makanan yang popular dikalangan orang Melayu, sebaliknya sejak kebanjiran pendatang Indonesia makanan ini makin mudah ditemui terutama digerai-gerai yang menjual menu minum petang.

Tauhu berinti bihun menggunakan tauhu putih yang biasa digunakan untuk membuat tauhu sumbat. Ianya dibelah dan diisi dengan bihun yang telah digoreng lebih awal, oleh itu ia akan memberi rasa kenyang yang memuaskan bagi peminat tauhu dan juga bihun goreng.Baiklah jom lihat bahan–bahan yang diperlukan untuk menyediakan masakan ini.

Bahan-bahannya

  • 12 keping tahu dipotong dua dan digoerng hingga agak garing dan dibelah dua
  • 150 gram bihun direndam hingga lembut dan toskan
  • 1 batang daun bawang dicincang halus
  • 2 tbs udang kering direndam dan tumbuk halus
  • 1 labu bawang besar dicincang
  • 3 ulas bawang merah kecil potong halus
  • 3 ulas bawang putih cincang halus
  • 1/2tsp serbuk lada hitam
  • 1 kiub knor pati ayam
  • Tumis bawang besar,bawang merah,bawang putih hingga naik bau.
  • Kemudian masukkan udang kering ,lada hitam ,kiub knor hingga rata.
  • Akhir sekali campurkan daun bawang dan bihun.
  • 100 gram tepung beras
  • 50 gram tepung gandum
  • 3 ulas bawang putih tumbuk halus
  • 1 sdt ketumbar tumbuk halus
  • 3 butir buah keras tumbuk halus
  • 1/2tsp garam
  • 1/2tsp serbuk kunyit
  • Belah tauhu dan isikan dengan bahan bihun tadi.
  • Campur bahan sadur dengan tambahkan air hingga agak cair. 
  • Panaskan minyak,masukan tauhu kedalam bahan sadur dan goreng hingga kekuningan.
  • Tos sebelum dihidangkan bersama cili api.

Bagi anda yang jarang mencubanya, tauhu ini biasanya dihidang bersama cili api mentah yang tidak dihiris atau dibelah. Tujuannya sebagai memenuhi selera mereka yang gemar makanan pedas. Cili api akan digigit selang seli dengan tauhu berinti bihun ini, unikkan? Jadi jangan lupa cuba resepi ini jika anda inginkan sesuatu yang lain. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!