Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Takoyaki (Snek Dari Jepun)

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi makanan Jepun yang mulai popular sejak akhir-akhir ini. Takoyaki adalah sejenis snek yang berasal dari Jepun. Biasanya ia banyak dijual dijalanan oleh peniaga-peniaga yang membuka gerai bagi memenuhi permintaan snek yang sangat sedap ini .

Di negara kita, takoyaki boleh didapati dikiosk franchise yang mula-mula menjual takoyaki ini. Namun begitu harganya agak mahal, tambahan pula rasanya yang sangat sedap, menyebabkan ia tidak puas dimakan. Oleh itu kali ini Madam akan kongsikan resepi takoyaki ini yang anda buat sendiri dirumah. Berikut adalah bahan-bahannya dan cara-cara membuat takoyaki.

Resepi Takoyaki (Snek Dari Jepun)
Bahan-bahanĀ 

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sb tepung jagung
  • 1 1/2 cawan air
  • 2 biji telur
  • Sedikit serbuk pati ayam
  • Sedikit garam

Kaedah

  • Gaul rata hingga semua bahan sebati.

Bahan inti

  • Isi ayam, sotong, udang, sosej yg direbus (dipotong kecil2) terlebih dahulu
  • Kobis dicincang halus
  • Daun bawang dihiris halus

Bahan hiasan

  • Sos takoyaki
  • Fish flakesĀ 
  • Mayonis

Kaedah penyediaan takoyaki

  • Mula-mula panaskan acuan takoyaki.
  • Basahakan acuan dengan minyak masak sedikit agar adunan tidak melekat.
  • Masukkan adunan tepung kedalam acuan, kemudian letakkan inti bersama sayur-sayuran.
  • Apabila ia sedikit masak, pusingkan menggunakan 2 batang lidi agar ia menjadi bulat.
  • Masak sehingga takoyaki menjadi garing.
  • Hidangkan ia ketika ia masih panas bersama bahan-bahan hiasan takoyaki.
  • Siap.

Anda boleh menggunakan apa sahaja inti, namun lazimnya inti takoyaki ialah sotong oktopus, kepingan ayam,sosej ataupun udang. Manakala sayur-sayuran yang biasa digunakan ialah lobak merah dan kobis yang diparut halus. Sos yang digunakan mestilah sos khasnya dan juga mayonis yang sesuai ialah jenama kewpie. Bonito pula boleh dibeli di kedai-kedai yang membekal makanan Jepun seperti di Aeon yang mudah didapati dinegara kita ini, ataupun anda boleh membelinya secara online.

Apapun, diharap anda akan mencuba sendiri resepi ini untuk dinikmati bersama keluarga. Selamat mencuba!

Resepi ā€“ resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Moreā€¦!