Resepi Swiss Meringue Buttercream (Buttercream Yang Sedap Lemak)

Ada beberapa jenis toping kek yang biasa digunakan oleh pembuat kek. Salah satunya ialah buttercream, ia biasa menghiasi kek span. Oleh kerana kek span ialah ringan dan gebu, maka ia paling sedap dimakan bersama krim.

Buttercream juga mempunyai beberapa versi, jika di Amerika mereka biasanya mengunakan butter,shortening dan gula aising yang sangat banyak. Kita di Malaysia juga ada pembuat kek yang menggunakan resepi seperti di Amerika. Mungkin kerana ia tahan lama dan tahan panas. Lagi satu kerana ia lebih kering dan sesuai untuk deko ‘sharp edges’ yang sangat popular.

Resepi buttercream kali ini,menggunakan telur putih. Ia sangat sedap,jadi ia selalu dijadikan inti kek. Antara kek yang paling kerap menggunakan swiss meringue buttercream ini ialah kek pandan gula melaka. Mari lihat bahan-bahannya.

Resepi Swiss Meringue Buttercream (SMBC)

Bahan-bahan

A

  • ¼ cawan gula pasir
  • ¼ cawan telur putih

B

  • 125 g butter yang benar-benar sejuk,dipotong dadu.

Kaedah.

  • Menggunakan mangkuk besi yang bersih dan bersih minyak dan air,masukkan bahan A. Double boil kedua bahan ini sehingga gula larut. Guna jari dan rasakan gulanya benar-benar cair.
  • Masukkan ia kedalam mangkuk pengadun yang bersih dan mula pukul hingga adunan menjadi putih dan kembang. Masukkan bahan B satu persatu,terus memukul hingga adunan menjadi sebati dan gebu.
  • Masukkan 2 sudu besar sirap gula melaka. Teruskan pukul hingga ia menjadi gebu.

Sedia digunakan sebagai toping dan hiasan kek pandan gula melaka. Ia juga sesuai diguna untuk pelbagai jenis kek span seperti kek perkahwinan. Krim ini sememangnya sedap,lemak dan berkrim.Ia juga sangat mudah kerana tidak memerlukan termometer gula.

Jadi jangan lupa untuk mencuba resepi ini. Kami juga mempunyai koleksi pelbagai resepi.

Total
0
Shares
Previous Article
biskut-red-velvet

Resepi Biskut Red Velvet (Rangup Sangat!)

Next Article
ikan-bilis-goreng-cili-api

Resepi Ikan Bilis Goreng Cili Api (Pedas Terangkat!)