Resepi Sup Tulang Siam Femes Di Gerai Tomyam

Resepi kali ini akan menunjukkan kepada anda cara-cara untuk membuat sup tulang ala Siam. Sup ini mempunyai sedikit perbezaan berbanding sup tulang biasa. Diantaranya ialah ia menggunakan daun dan akar ketumbar, serai, sos ikan, jus limau nipis dan juga lengkuas.

Namun begitu rasanya amat menyegarkan,nak kata macam sup tulang pun tidak,nak kata macam tomyam pun tidak juga yang pasti memang sedap. Jadi bagi anda yang ingin mencuba resepi yang berbeza ini, apa kata anda cuba resepi ini. Berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan A

  • 1kg tulang lembu (rebus empuk)
  • 3 inci halia – tumbuk kasar
  • 3 hiris lengkuas
  • 2 pokok akar ketumbar
  • 1 biji bawang Holland kecl
  • Sedikit kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • I tsp gula
  • Air secukupnya

Bahan B

  • 3-4 ulas bawang putih – ketuk
  • 2 batang serai
  • Cili padi secukupnya
  • Daun limau purut
  • 1 biji bawang Holland
  • Daun ketumbar – hiris
  • ½ biji tomato
  • 2 biji jus limau nipis
  • 3-4 sudu makan sos ikan
  • Minyak untuk menumis

Kaedah 

  • Satukan bahan A dan rebus hingga empuk.
  • Dalam kuali lain, panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga kekuningan.
  • Kemudian masukkan serai, bawang, cili padi dan daun limau purut. 
  • Tumis sampai layu dan wangi.
  • Masukkan bahan tumisan serta tomato ke dalam sup berisi tulang tadi.
  • Tambahkan juga sos ikan dan jus limau nipis.
  • Biar 2-3 minit. Tutup api dan tabur daun ketumbar.
  • Siap.

Bagi anda yang tidak mempunyai sos ikan, anda boleh abaikan ia. Memadai anda menggunakan garam sahaja. Namun begitu penggunaan seperti ketumbar,lengkuas dan limau nipis adalah antara yang membawa kepada identiti masakan ala Siam ini. Tanpa bahan-bahan ini namanya bukanlah sup tulang siam,dia hanya jadi sup tulang biasa sahaja! Apapun diharap anda akan mencuba sendiri resepi ini. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *