Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Sup Cendawan Tiram Yang Sedap Layan Musim Hujan

author name

📄

Resepi yang dikongsikan kali ini merupakan sebuah resepi sup yang menarik. Bahan yang digunakan kali ini ialah cendawan. Dan cendawan yang digunakan dalam resepi ini ialah cendawan tiram yang murah dan amat mudah ditemui. Cendawan tiram telah dipasarkan secara komersial sejak beberapa dekad kebelakangan ini. Ia dikomersialkan diseluruh dunia kerana mendapat permintaan yang tinggi.

Sup cendawan tiram ini juga amat sedap, bagi yang tidak pernah mencuba, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 100g cendawan tiram (siat-siat panjang)
  • 2 ulas bawang putih
  • Sedikit halia (pilihan)
  • Sedikit ikan bilis
  • 1 sudu teh lada hitam (tumbuk halus)
  • Air secukup 
  • Garam dan serbuk perasa secukup rasa.

Kaedah

  • Tumbuk bawang putih,halia dan ikan bilis.
  • Tumiskan bahan tumbuk, tunggu naik bau.
  • Masukkan air dan lada hitam.
  • Apabila mengelegak masukkan garam dan serbuk perasa.
  • Akhir sekali masukkan cendawan.
  • Tutup api apabila ia telah mengelegak.
  • Siap!

Penggunaan lada hitam dan halia didalam resepi adalah untuk memberi rasa hangat bagi melawan rasa sejuk yang biasanya dialami bagi sesetengah orang terutama wanita yang memakannya. Namu begitu terserah jika anda tidak suka pada rasa halia, bolehlah abaikan ia. Diharap anda akan mencuba sendiri resepi ini, selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *