Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Sup Ayam Jernih (Resepi Paling Mudah)

author name

Resepi kali ini ialah resepi menu makan tengahari. Ia masakan yang sangat mudah dan hampir digemari setiap lapisan umur. Sup ayam merupakan sejenis masakan yang sangat mudah namun ia mempunyai beberapa versi. Ada sup ayam rempah, sup ayam tomyam dan sup ayam ringkas. 

Kali ini resepi sup ayam yang dikongsi ialah versi sup ayam ringkas. Ia ringkas kerana mempunyai bahan-bahan asas sahaja. Untuk memasaknya pula sangat cepat. Ayam perlu dipotong kecil dan gunakan bahagian bertulang. Anda boleh juga guna bahagian isi namun jangan letak terlalu awal jika tidak suka isi menjadi keras.

Mari lihat bahan-bahan yang diperlukan.

Resepi Sup Ayam Jernih (Resepi Paling Mudah)

Bahan-bahan 

  • Setengah ekor ayam
  • Bawang besar ½ labu
  • Bawang putih 2 ulas 
  • Halia satu inci
  • Kentang 2 biji dipotong empat
  • Daun sup ½ ikat 
  • Daun bawang ½ ikat
  • 1 sudu kecil serbuk lada putih

Kaedah

  • Bersihkan ayam dan potong kecil. Kisar bawang besar bawang putih dan halia tadi.. 
  • Bersihkan kentang dan belah empat. 
  • Tumiskan bahan-bahan kisah dan tunggu sehingga naik bau. 
  • Masukkan air satu jug kecil. Masukkan kentang segara supaya ia cepat empuk. 
  • Tunggu kuah menggelegak kemudian baru masukkan ayam yang telah diletakkan garam. Gaul hingga semuanya sebati.
  • Tambah air jika perlu. 
  • Tunggu hingga mengelegak dan kentang empuk baru masukkan serbuk lada putih,  garam dan serbuk perasa secukupnya. Tutupkan api.
  • Hidangkan bersama daun sup,daun bawang dan bawang goreng jika anda suka.
  • Siap

Rasa sup ini sangat ringan dan tidak pedas, jadi ia sesuai untuk semua orang terutama kanak-kanak dan warga emas. Atau jika anda tidak sihat dan dalam proses permulihan sup ini sangat enak jika dihirup begitu sahaja. Namun jika anda sukakan yang pedas, anda boleh guna lada hitam dan tambahkan cili api. Atau lebih sesuai jika ia diregukan dengan sambal gesek yang pedas.

Jadi jangan lupa beli bahannya supaya anda dapat mencubanya hari ini.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi ini kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *