Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Strawberry Honey Overnight Oats Sarapan Untuk Kurus

author name

Resepi seterusnya merupakan resepi sarapan pagi yang sangat tinggi fiber dan juga baik untuk perut anda. Overnight oats diperbuat daripada rolled oats, chia seed, susu dan juga yogurt.

Namun begitu bahan yang ditambah didalam resepi kali ini bahan yang ditambah ialah strawberi dan juga madu. Kedua bahan ini memberi rasa yang amat sedap dan anda bolehlah mencubanya sendiri, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 1cawan rolled oat
  • 1 sudu besar chia seed
  • 1 cawan susu
  • ½ cawan yogurt plain
  • 2-3 biji buah strawberi yang dipotong dadu
  • 2 sudu besar madu

Kaedah

  • Campurkan oat,chia seed, susu dan yogurt.
  • Kacau sebati
  • Kemudian masukkan buah strawberi dan madu
  • Kacau rata dan kemudian baru simpan didalam botol sekurang-kurangnya 12 jam.
  • Siap

Strawberi dan juga madu bukan sahaja memberi rasa yang sedap tetapi ia juga adalah sumber gula komplek menyebabkan ianya lambat diproses. Oleh kerana itulah ia memberi rasa kenyang yang lama justeru membantu selera makan anda. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *