spaghetti carbonara

Resepi Spaghetti Carbonara Paling Orang Kita Suka Makan

Spaghetti Carbonara, juadah yang berasal daripada Itali telah menjadi salah sebuah juadah yang amat popular di Malaysia. Asalnya, spaghetti carbonara berasaskan tiga bahan iaitu kuning telur, keju parmesan dan daging. Namun begitu, spaghetti carbonara telah pun diolah kepada beberapa jenis mengikut kepada selera orang kita.

Spaghetti Carbonara yang kami bawakan kali ini merupakan resepi yang paling mudah dan ekspres untuk disediakan. Ianya amat lazat dan juga sesuai untuk dihidangkan kepada semua lapisan masyarakat. Spaghetti Carbonara juga sesuai untuk dihidangkan kepada anak – anak anda oleh kerana rasanya yang tidak pedas. Ianya juga menggunakan bahan yang amat mudah untuk didapati. Jom kita tengok resepi ini!

Resepi ini telah dikongsikan oleh MrsMoon MJ dan mendapat banyak perkongsian di media sosial tau!

Resepi Spaghetti Carbonara

spaghetti carbonara
Image via Facebook

Bahan – bahan:

  • Mentega
  • Bawang Holland (dipotong dadu)
  • Bawang putih (dipotong dadu)
  • Protein seperti sosej atau pepperoni
  • Cendawan butang (optional)
  • Perasa
  • Parmesan cheese
  • Cheddar cheese
  • Herba campuran
  • Susu penuh krim
  • Krim masakan
  • Pasta

Cara – cara memasak:

  1. Tumis kesemua bawang bersama mentega.
  2. Apabila sudah layu, masukkan protein pilihan.
  3. Gorengkan sehingga masak.
  4. Masukkan susu penuh krim.
  5. Apabila sudah menggelegak, masukkan krim masak.
  6. Masukkan parmesan cheese dan cheddar cheese.
  7. Perasakan bersama perasa.
  8. Akhir sekali, masukkan herba campuran.

Nota: Pasta haruslah direbus sehingga masak terlebih dahulu dan gaulkan setelah selesai memasak carbonara.

spaghetti carbonara 2
Image via Facebook

Resepi – resepi lain yang menarik:

Menarik kan resepi ini? Ingin mencuba lebih banyak resepi? Terdapat pelbagai lagi resepi yang anda boleh cuba. Jadi apa tunggu lagi, jom kita cuba! Jangan lupa kongsikan resepi ini bersama yang tersayang!

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *