Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Spaghetti Aglio Olio (Angel Hair)

author name

Resepi kali ini merupakan sejenis resepi masakan Itali yang telah lama mendapat tempat di dalam negara kita ini. Spaghetti Aglio Olio adalah sejenis masakan yang berasaskan seafood. Resepi ini diolah mengikut citarasa kita di mana kita menggunakan cili api. Ianya amat sedap dan mudah disediakan sesuai bagi mereka yang sibuk bekerja. Berikut adalah bahan-bahan dan cara-cara untuk menyediakan masakan ini.

Resepi Spaghetti  Aglio Olio

Bahan bahan

  • 500 gram spagheti angel hair
  • 1/4 cawan minyak
  • 5 ulas bawang putih cincang
  • 4 biji cili api (potong kecil)
  • 1/2 tsp red pepper/dried chilli flake (pilihan)
  • ½ cawan air
  • 1 kuib ayam
  • Garam
  • Coarse black pepper (pilihan )

Rencah makanan laut

  • 10 ekor udang besar (bersihkan dan tinggalkan bahagian ekor sedikit)
  • 5 ekor sotong ( potong kecil)
  • Baby Crab goreng tepung (pilihan)

Kaedah

  • Mula-mula rebuskan spagetti hingga lembut.
  • Kemudian tumiskan bawang putih.
  • Masukkan cili api tunggu naik bau sebentar.
  • Masukkan sedikit air agar bahan tadi tidak hangit.
  • Masukkan juga kuib ayam dan hancurkan.
  • Masukkan sedikit garam.
  • Seterusnya masukkan sotong dan biarkan ia merenih dulu.
  • Masukkan udang dan tunggu ia bertukar warna.
  • Masukkan spagetti angel hair.
  • Dan kacau rata, masukkan daun parsli jika ada.
  • Siap!

Seperti biasa anda boleh menyediakan ia mengikut tahap kepedasan yang anda suka. Jika anda tidak suka cili api anda boleh menggunakan cili merah. Begitu juga anda juga boleh menggunakan lada sulah atau lada hitam. Diharap anda akan mencuba resepi ini semoga berjaya!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *