Resepi Sotong Masak Lada (Ringkas Dan Sedap)

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi ringkas yang berasaskan makanan laut. Sotong masak merupakan masakan yang hanya menggunakan bahan yang minima. Antara bahan-bahan ialah bawang putih,bawang merah, cili api, serbuk lada hitam dan serbuk kunyit. Satu lagi bahan yang digunakan bagi menaikkan rasa dan aroma ialah sos cili.

Jika anda tidak pernah mencuba resepi ini dan buntu mencari idea untuk masa sejurus pulang dari kerja anda boleh mencuba resepi ini. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Resepi Sotong Masak Lada
Bahan-bahan

  • 1/2 kg sotong
  • 3 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 4 sudu besar sos cili
  • 4 ulas bawang putih di ketuk²
  • Garam
  • Perisa(ikut suka)
  • Minyak utk tumis
  • 1 biji bwg besar
  • 6 biji cili padi

Kaedah 

  • Tumis bawang putih hingga garing .
  • Kemudian pula masukkan sotong,serbuk kunyit,lada hitam,kacau rata.
  • Masukkan sos cili,garam dan serbuk perasa.
  • Akhir sekali masukkan bawang yang dipotong nipis bersama cili padi.
  • Apabila telah masak semua, tutup api.
  • Siap.

Masakan ini ringkas dan mudah malah bahan-bahannya juga mudah didapati. Bahan-bahan seperti bawang besar, bawang putih, cili api, amat mudah ditemui di kedai runcit atau pasar raya. Diharap anda sudi untuk mencuba resepi mudah tetapi lazat ini. Selamat mencuba !

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Ikan Keli Berlada

Resepi Korean Spicy Calamari

Resepi Sotong Masak Hitam

Total
0
Shares
Previous Article

Resepi Rendang Ketam (Uniknya)

Next Article

Resepi Sotong Kam Heong (Ala Restoran)