Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Sotong Masak Kunyit (Masakan Ringkas)

Resepi ringkas kali ini merupakan sebuah lagi resepi ringkas yang amat sesuai bagi mereka yang tidak punya banyak masa untuk masak tetapi ingin menghidangkan sesuatu yang segar dan sedap untuk keluarga. Sotong masak kunyit merupakan satu lagi resepi dari kompilasi sotong dan masakan ringkas.Ā 

Hanya menggunakan sotong dan beberapa bahan hiris serta serbuk kunyit anda tentu boleh mencubanya sendiri. Berikut adalah bahan yang diperlukan.

Resepi Sotong Masak Kunyit
Bahan-bahan

  • Sekilo sotong
  • 1 biji bawang besar dihiris
  • 3 biji bawang putih dihiris
  • 1 inci halia dihiris
  • 6 biji cili potong 2
  • 1 sudu makan serbuk kunyit
  • Sehelai daun kunyit hiris besar2
  • Sedikit garam dan serbuk perasaĀ 

Kaedah

  • Tumis bawang besar, bawang putih, halia & cili hingga naik bau
  • Masukkan serbuk kunyit
  • Masukkan sotong
  • Apabila telah separuh masak masukkan daun kunyit, garam dan serbuk perasa secukupnya.
  • Apabila semua telah sebati bolehlah tutup api.
  • Siap.

Gunakan sotong yang segar untuk rasa yang lebih optimum, manakala gunakan cili api jika anda suka pedas dan gunakan cili merah jika sebaliknya. Begitu mudah resepi ini, diharapkan anda akan mencuba sendiri resepi ini untuk hidangan keluarga atau tetamu istimewa anda. Selamat mencuba!

Resepi ā€“ resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Ayam Goreng Kunyit

Resepi Daging Goreng Kunyit

Resepi Udang Goreng Kunyit

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Moreā€¦!