Resepi Tradisional, Moden & Terkini

RESEPI SOTONG GORENG

author name

📄

RESEPI SOTONG GORENG TEPUNG TAK MELETOP.

Kadang-kadang ada yang goreng sotong tu, meletop mak aii rasa macam nak cover pakai tudung tutup periuk ,kan?

Okay takpe. Ni resepi untuk yang takut letop letop macam saya. Hihi.

Bahan dan cara:
===========
A
Sotong
Bawang putih
Garam
Lada sulah
Cuka
–> Basuh dan tos sotong seketika. Masukkan sesudu dua cuka. Saya guna cuka kurma. Cuka untuk keluarkan air dari sotong. Tak perlu banyak. Nanti lari rasa. Tumbuk halus bawang putih. Kacau dalam tos sotong bersama lada sulah dan sedikit garam. Biar 10 minit.

B
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jangung
Suku cawan tepung beras
1 sudu garam
Sedikit kunyit
Serbuk lada sulah
Serbuk lada hitam
–> Kacau semua sekali. Biar kering. Jangan tambah air tau.

●Panas kan minyak yang banyak.
●Kacau telor putih dan kuning. Jangan terlalu lama. Boleh buat telor ringan dan tepung tak melekat.
●Masukkan sotong tadi kedalam telor.
●Celup dalam adunan tepung tadi dan goreng. Jangan goreng sotong terlalu lama. Nanti sotong jadi liat.

–> Boleh share. Selamat mencuba!

kredit resepi kepada ‎Awatif Osman‎ via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *