Resepi Sos Karamel (Caramel Sauce)

Karamel nama diberi. Ada banyak resepi guna nama karamel ni. Kalau kita sebut karamel pada emak-emak kita belum tentu mereka tau apa itu karamel. Padahal karamel sebenarnya gula hangus. Apam gula hangus,kek gula hangus, orang tidak panggil dengan nama karamel tapi gula hangus.

Jadi hari ini madam nak bawakan resepi sos karamel. Sos ni rasa dia sangat sedap. Macam gula-gula toffee. Kalau dicurah atas ais krim atau dibuat minuman ia rasa sangat enak. Seiring dengan peredaran zaman. Minat dan citarasa orang kita pun makin canggih. Dengan pelbagai jenis minuman ditawarkan dipasaran, harganya pun agak mahal.

Sos karamel ini ada dijual dipasaran.Tapi harganya agak mahal. Jadi buat apa beli kalau kita boleh buat sendiri kan? Mari kita lihat bahan-bahannya.

Resepi caramel sos

  • 1 cawan gula putih
  • 3 sudu besar unsalted pure butter/ butter biasa
  • 1 cawan krim masakan/susu cair
  • 2 sudu kecil vanila esen
  • Secubit garam

Kaedah

  • Letak gula dalam periuk dan buka api kecil. Biarkan hingga gula menjadi perang, perlahan-lahan angkat periuk dan gerakkan supaya gula hangus sepenuhnya. Tutup api segera dan gerakkan periuk hingga semua gula telah cair.
  • Masukkan segera butter,sambil kacau agar semuanya sebati.
  • Masukkan  krim masakan/susu cair dan kacau. AWAS! Ia akan mengelegak dan sangat panas. SILA HATI-HATI.
  • Kacau hingga semua sebati. Tunggu sejuk seketika.
  • Tambah  esen vanilla dan secubit garam. Bolehlah disimpan dalam botol. Tahan 1 bulan jika dalam petiais.

Enak ditambah dalam minuman atau aiskrim.

Nanti Madam sharekan resepi

Madam buat sekali dengan sos coklat. Simpan stok dalam petiais.
Resepi sos coklat ada disini

Selain dari resepi ini,jangan lupa cuba resepi-resepi lain ye

Give a Comment