Resepi Sos Coklat ( Chocolate Sauce)

Alaf millenia ini, selera orang kita pun mula cenderung ke pelbagai jenis selera. Makin bersifat “internationaly”. Makin terbuka, menerima pelbagai jenis makanan dan minuman dari seantero pelusuk dunia. Rasa ingin cuba mendorong kepada perubahan ini.

Justeru itu, hari ini Madam ingin bawakan satu resepi yang kerap digunakan dalam pelbagai manisan. Aiskrim, kopi,kek cawan dan ice blended.

Sos coklat atau chocolate sauce ini dihasilkan dari coklat dan susu. Ada beberapa resepi sos coklat yang menggunakan serbuk koko dan gula, ia lebih cair. Tapi ia mempunyai rasa yang kurang coklat, berbanding resepi yang akan madam bawakan ini.

Seterusnya ialah bahan-bahan untuk membuat sos coklat.

Resepi Sos Coklat (Chocolate Sauce)

Bahan-bahan

  • 250g dark chocolate
  • 375 susu cair

Kaedah

  • Cairkan coklat guna kaedah “‘double boil”.
  • Tambahkan susu cair sedikit demi sedikit sambil kacau. Kacau sehingga ia sebati.

Sos coklat ini sesuai untuk mocha, hot chocolate, sebagai hiasan krim putar atau dicurah atas ais krim vanila.

Frozen Hot Chocolate Frappacino
Madam biasa buat lebih dan simpan dalam petiais,ia tahan 2 minggu.
Resepi Sos Karamel ada disini.


Bolehlah cuba untuk keluarga tercinta ye.

Jangan lupa intai-intai resepi lain ye.

Give a Comment