siakap stim limau

Resepi Siakap Stim Limau Ala Thai

Sawadikhap, kali ini kami akan berkongsikan resepi lauk lazat yang akan buat anda tergiur. Pla Neung Manao, lauk ini amat tersohor di Thailand. Di Malaysia pula dikenal dengan nama siakap stim limau.

Resepi lazat siakap stim limau dikongsikan oleh ‎Zubaidah Awang di laman Facebook. Mencecah perkongsian ramai sehingga 2.2 K. Tentunya bukan resepi biasa-biasa.

Cita rasa resepi yang dikongsikan ini adalah sama dengan siakap stim limau yang dijual di kedai Thailand. Kalau masak sendiri boleh jimat Ringgit. Mana tidaknya, kalau makan di kedai boleh habiskan RM40 ringgit.

Resepi Siakap Steam Thai

siakap stim limau
Imej viaFacebook

Bahan-bahan :

  • Ikan siakap, kerapu atau apa saja yang disukai. Siang dan cuci bersih.
  • 10 biji cili padi cincang.
  • 3 biji cili besar cincang.
  • 10 biji bawang putih cincang.
  • 4 tangkai daun ketumbar cincang 2 tangkai untuk hiasan.
  • 2 batang serai ketuk.
  • 3 biji limau nipis ambil jusnya 2 biji setengah, ambil jus, setengah biji untuk hiasan.
  • 4 sudu sos ikan.
  • ½ kiub stok ayam.
  • 1 sudu besar gula.
  • 1 sudu kecil garam.

Cara-cara :

  1. Mula-mula kukus ikan 5 minit.
  2. Campurkan semua bahan dan gaul sebati kecuali limau dan daun ketumbar untuk hiasan dalam bekas berasingan.
  3. Lepas kukus ikan 5 minit, buang air ikan, tuang bahan campur tadi ke atas ikan dan kukus lagi 5 minit atau sampai ikan betul-betul masak.
  4. Jika sudah siap kukus, angkat.
  5. Tabur daun ketumbar sebagai hiasan dan hirisan limau nipis.
  6. Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi siakap stim limau, kami menulis resepi menarik lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi siakap stim limau, kami menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Sila baca dan cubakan.

Total
0
Shares
Previous Article
ayam-pad-kapraow

Resepi Ayam Pad Kapraow (Original dari Thailand!)

Next Article

Resepi Sambal Paru (Sedap Mudah)