Resepi Sesame Choc Chip Cookies Lebih Sedap dari Subway

Resepi kali ini merupakan satu lagi resepi chocolate chip cookies yang sangat digemari. Perkongsian kali ini akan membawa kepada anda cara untuk membuat biskut bijan bersama choc chip. Ia menggunakan bahan yang mudah seperti tepung gandum, gula halus,gula perang, butter dan kuning telur. Namun untuk resepi ini bahan tambahan lain ialah bijan hitam dan bijan putih yang menjadi biksut ini sangat rangup. 

Selain daripada membuatnya sebagai kuih raya, sebenarnya ia juga sesuai dijadikan kudapan terutama bagi and yang sememangnya peminat cookies choc chip. Baiklah berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

A

  • 200g butter
  • 50g shortening
  • 2 biji kuning telur
  • 200g gula halus
  • 50g gula perang

B

  • 250 tepung gandum
  • 1 tsp baking powder
  • 1 tsp emplex
  • Secubit garam (jika guna butter unsalted)

Bahan lain

  • 1 pek coklat cip (100g atau lebih)
  • 1 tbsp serbuk koko
  • 100 g bijan hitam
  • 100g bijan putih
  • 100g serbuk badam
  • 50g badam hancur

Kaedah

  • Mula-mula cairkan butter dan shortening kemudian sejukkan sebentar.
  • Masukkan gula dan kacau agar gula larut.
  • Kemudian masukkan kuning telur.
  • Sediakan bahan B didalam bekas lain.
  • Kemudian masukkan bahan A ke bahan B
  • Kacau perlahan hingga menjadi doh
  • Tambahkan semua bahan lain
  • Gaul sebati dan rehatkan doh sebaik-baiknya 12 jam sebelum dibakar.
  • Bakar pada suhu 160c selama 15-20 min.
  • Bulat-bulatkan doh sebesar biji guli sebelum dibakar.
  • Jarakkan setiap doh kerana cookies akan menjadi lebar.
  • Letakkan¬† choc chip sebagai hiasan sebelum bakar
  • Sejukkan sebelum disimpan
  • Siap!

Biskut ini amat sesuai bagi orang dewasa yang amat meminati biskut yang lebih rapuh. Walaupun begitu jika anda suka biskut yang lembut anda boleh membuat adunan yang lebih lebar dan singkat masa membakarnya. Ia sangat sedap! Selamat mencuba

Resepi Menarik Lain

Terima kasih kerana melayari laman web kami. Disini ada pelbagai koleksi resepi yang telah dicuba dan terbukti menjadi.Jadi jangan lupa mencuba dan like dan share juga ya!

Resepi Chocolate Chip Cookies

Resepi Brownies Cookies

Resepi Almond Choc Chip Cookies

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *