Resepi Sayur Campur Udang (Sedap Berkhasiat)

 Resepi kali ini merupakan resepi sayur yang dimasak bersama udang. Udang merupakan salah satu rencah sayur yang paling popular. Ini kerana ia mempunyai rasa yang manis dan sangat sesuai digabung bersama lobak merah,jagung dan kobis. Bagi anda yang mencari idea untuk menyediakan makan tengahari anda, bolehlah mencuba resepi berikut.

Resepi Sayur Campur Udang

Bahan-bahan

  • 10 ekor udang saiz besar
  • 2 ulas bawang putih (tumbuk pecah dan cincang)

Bahan sayur (Hiris)

  • 4 batang jagung kecil
  • 1 batang lobak merah
  • 10 batang kacang buncis
  • ½ batang kobis cina

Kaedah 

  • Mula-mula bersihkan udang dan perasakan dengan garam dan lada sulah.
  • Kemudian goreng sebentar sehingga bertukar warna,alih.
  • Tumis bawang putih hingga naik bau.
  • Asukkan garam dan serbuk perasa secukupnya.
  • Tambahkan sedikit air dan kacau sebentar.
  • Masukkan sayur dan masak sehingga ia empuk sedikit.
  • Sebaiknya sayur tidak terlalu empuk kerana akan hilang khasiatnya.
  • Tutup api, sedia untuk dihidangkan.
  • Siap!

Tambahkan air jika anda suka ia lebih berkuah. Apapun memasak adalah satu kemahiran yang perlu  diasah setiap hari. Sediakan makanan anda sendiri dan pastikan anda mendapat segala menafaat daripada makanan tersebut. Justeru makanlah sayur dan  cubalah resipi ini!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Total
45
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *