Resepi Sawi Manis Goreng Pedas ( Resepi Ringkas Dan Cepat)

Resepi kali ini ialah menu sayuran yang sering dilupakan dalam menu hidangan kita. Walaupun umum mengetahui akan zat dan fiber yang dibekalkan pleh sayur, malangnya sayur sentiasa berada di senarai terakhir menu harian kita.

Namun, resepi kali ini adalah resepi sawi manis. Tahukah anda sawi memiliki kandungan vitamin dan mineral yang tinggi seperti vitamin B kompleks, vitamin A, vitamin C dan vitamin K. Sawi juga memiliki kandungan pelbagai jenis mineral seperti sodium, zat besi, kalium, fosfor, dan kalsium. 

Kesemua zat vitamin dan mineral ini diperlukan oleh tubuh  kita, jadi kita seharusnya mengambil sayur-sayuran hijau ini dalam permakanan kita setiapa hari. Sebab itulah Madam bawakan resepi sawi manis hari ini, supaya anda dapat mencubanya. 

Resepi Sawi Manis Goreng Pedas ( Resepi Ringkas Dan Cepat)

Bahan-bahan

  • Sawi manis seikat.
  • Bawang merah 2 ulas
  • Bawang putih 1 ulas
  • Cili api 7 batang
  • Ikan bilis 1 sudu besar
  • Garam,gula dan serbuk perasa secukupnya.

Kaedah

  • Bersih sayur sawi dan potong sederhana besar.
  • Tumbuk bawang merah,bawang putih, cili api dan ikan bilis.
  • Tumiskan bahan yang telah ditumbuk, tambahkan sedikit air.
  • Tambahkan garam, serbuk perasa. 
  • Kacau semua bahan hingga benar-benar sebati.
  • Masukkan sayur, tambah air jika perlu.
  • Apabila sayur telah cukup masak. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.


Bagi anda yang bukan pengemar sayur-sayuran hijau, cubalah resepi sawi manis ini. Sawi manis tidak sama seperti sawi yang biasa, ia mempunyai daun lebar seperti sawi tetapi lebih pendek. Batangnya juga sangat rangup jika dimasak, tidak pahit malah lebih manis. Jadi anda haruslah mencuba resepi ringkas ini.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ada pelbagai lagi resepi lain yang anda boleh cuba dan menambah idea masakan anda! Jangan lupa untuk tekan butang share dan kongsikan resepi ini!


Total
1
Shares
Previous Article

Resepi Sambal Gesek (Resepi Mudah Masakan Kampung)

Next Article

Resepi Bubur Kacang (Sukatan untuk 2 Orang)