Resepi Sambal Tumis Udang Petai (Sedap Dan Mudah)

Resepi kali ini, merupakan salah satu resepi yang menjadi kegemaran masyarakat kita dinegara ini. Sambal tumis adalah masakan yang diperbuat dari cili kering yang dikisar bersama bawang,belacan. Bahannya sangat ringkas namun pembuatannya agak memakan masa untuk menghasilkan sambal benar-benar sedap dan tahan lama.

Sambal tumis lazimnya dimasak bersama ikan bilis, udang atau sotong. Namun yang paling menarik apabila ia ditambah dengan petai. Petai adalah sejenis ulam yang berbau kuat, namun menjadi kegemaran ramai orang. Ia mengandungi banyak khasiat dan zat yang tinggi. Bagaimanapun, biasanya orang dewasa yang paling mengemarinya berbanding remaja atau kanak-kanak barangkali kerana baunya yang kuat.

Mari lihat bahan-bahan yang diperlukan didalam resepi ini.

Resepi Sambal Tumis Udang Petai (Sedap Dan Mudah)
Bahan utama

  • 20 ekor udang saiz besar, gunting bahagian tajam dikepala dan ekor,cuci, toskan dan tambahkan garam,serbuk kunyit dan sedikit gula.
  • 4 papan petai, ambil isinya

Bahan kisar

  • 1 bawang besar saiz kecil (atau 4 ulas bawang merah)
  • 1 sudu besar udang kering/ikan bilis 
  • 1 inci belacan

Bahan hiris dan tumis

  • 1 labu bawang besar saiz besar (hiris bulat)
  • 4 cawan cili kering yg telah dikisar (gunting,rebus dan bilas hingga hilang bijinya)
  • 1 keping asam keping saiz kecil
  • Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.
  • Air anggaran secawan.

Kaedah

  • Pertama, tumiskan bahan yang telah dikisar dan biarkan ia naik bau.
  • Kemudian tumiskan cili kering,asam keping dan bawang yang telah dihiris tadi.
  • Biarkan hingga cili naik minyak, kacau selalu agar ia tidak hangit.
  • Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit agar tidak terlalu cair.
  • Masak lagi agar cili benar-benar garing, masukkan garam,gula dan serbuk perasa secukupnya.
  • Masukkan udang dan petai dan gaul agar sebati, tambah air jika perlu.
  • Masak lagi agar sambal dan udang benar-benar serasi.
  • Tutup api apabila semua bahan mulai sebati.
  • Siap.

Udang yang digunakan didalam resepi ini ialah jenis kelabu saiz besar. Namun anda juga boleh memilih untuk menggunakan udang kecil atau lebih sedap udang tajam. Udang tajam ialah udang laut yang berwarna merah dan mempunyai kulit yang keras dan tajam. Untuk mengoptimumkan rasanya, kopek kulitnya dan masakkan sekejap sahaja, tutup api apabila daging udang telah masak.

Apapun, ini adalah resepi yang ringkas dan mudah. Ianya sangat sesuai sebagai hidangan makanan tengahari atau malam. Oleh itu selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Total
0
Shares
Previous Article

Resepi Cheese Corn Dog ( Cheese Tarik)

Next Article

Resepi Nasi Lemak Pandan (Versi Menarik)