Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Sambal Tumis Sotong ( Yang Mudah Dan Cepat)

Sotong adalah salah satu lauk yang menjadi kegemaran ramai orang. Pelbagai menu yang terdapat yang boleh dijadikan pilihan. Tapi tahukah anda bagaimana memilih sotong yang segar? Ada beberapa ciri yang boleh diperhatikan pada sotong yang mengambarkan kesegarannya.

Salah satunya yang paling mudah ialah rupanya yang berkilat. Bila ia disentuh isinya elok,dan bila diangkat badan dan kepala sotong masih melekat. Perhatikan juga tiada dakwat yang bocor atau pilihlah badan sotong yang cantik tanpa sebarang lubang.

Walaupun harga sotong agak mahal, namun ia masih menjadi pilihan. Antara yang menjadi kegemaran ialah sotong goreng tepung, sotong bakar, sotong ketupat. Tapi ada satu menu ini yang memang menjadi hidangan wajib sekurang-kurangnya sebulan sekali di rumah Madam. Iaitu sambal tumis sotong.

Jadi hari ini, kita akan lihat bahan-bahan yang diperlukan.

Resepi Sambal Tumis Sotong

Bahan utama

  • Sotong ½ kilo,bersihkan dahulu.
  • Perapkan dengan garam,gula dan serbuk kunyit.

Bahan – bahan A

  • Cili kering satu periuk kecil digunting dan dibuang biji. ( Guna 50% cili pedas dan 50% cili tidak pedas)
  • Bawang besar sebelah dipotong dadu
  • Minyak masak  2 sudu besar.
  • Kisarkan semua  bahan-bahan  A. Ketepikan.

Bahan-bahan B

  • Bawang besar sebelah
  • Belacan setengah inci
  • Kisarkan bahan-bahan B. Ketepikan

Bahan hiris

  • 1-2 biji bawang besar dihiris bulat.

Bahan perasa

  • Gula 2 sudu besar
  • Asam keping sekeping
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya.

Kaedah

  • Kisar cili kering bersama minyak, bawang yang dipotong dan air secukupnya,ini adalah petua supaya cili lebih halus. Ketepikan.
  • Seterusnya kisar bahan-bahan kisar.
  • Tumiskan bahan kisaran ini, sehingga naik bau.
  • Masukkan bahan hiris,goreng keduanya sehingga bawang mula layu.
  • Masukkan cili kering kisar. Gaul rata kesemua bahan dan masak sehingga cili naik minyak. Tambah minyak masak jika perlu.
  • Masak dengan api sederhana. Kacau selalu supaya cili tidak hangit.
  • Apabila cili telah naik minyak, masukkan sedikit dan masukkan asam keping sekali.
  • Masukkan garam, serbuk perasa, serbuk kunyit dan gula.
  • Masak sehingga warna cili menjadi cantik merah kehitaman. Barulah masukkan sotong. Sotong tidak perlu dimasukkan awal kerana ia akan keras. Sambal tumis ini tidak perlu ditambah air kerana sotong akan mengeluarkan airnya sendiri.

Petua untuk masak sambal sotong yang sedap ialah hanya memasaknya sekejap sahaja,iaitu tutup api agar sotong itu tidak terlebih masak. Sotong ini boleh dipotong bulat-bulat atau jika sotong kecil boleh dibelah terus, barulah terasa isi sotong yang enak itu. Ia juga sedap dinikmati bersama ikan goreng dan ulam timun.

Selamat mencuba ya, jangan lupa kongsikan resepi-resepi kami yang lain juga.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!