Resepi Sambal Tempoyak Lauk Kampung Paling Mengancam

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi masakan kampung yang sangat popular berasal daripada Negeri Sembilan. Sambal tempoyak ini mempunyai beberapa nama lain di antaranya ialah sambal tempoyak kayu. Ini kerana bahan utama yang digunakan di dalam masakan ini ialah pucuk-pucuk kayu. Di antara pucuk kayu yang digunakan di dalam resipi ini ialah pucuk kaduk, pucuk labu dan pucuk ubi. Bahan lain yang diguna di dalam resipi ini ialah petai, daun kunyit, serai dan juga tempoyak. Satu lagi bahan wajib dan penting di dalam resipi ini ialah santan cili api dan kunyit.

Bagi anda yang ingin mencuba sendiri resepi ini berikut adalah bahan-bahan dan cara-cara yang diperlukan untuk menyediakan sambal tempoyak ini.

Bahan-bahan hiris

  • 3 batang serai 
  • 2 papan petai (ambil isinya)
  • 1 cekak pucuk ubi
  • 1 cekak pucuk kaduk 
  • 2 helai daun kunyit
  • 6 helai pucuk labu 

Bahan kisar

  • 1 genggam cili api
  • 1 inci kunyit hidup 
  • Bahan lain
  • 500 g santan pekat
  • 1 cawan tempoyak (atau lebih)
  • 1 genggam ikan bilis ( pilihan)

Kaedah

  • Mula-mula hiris nipis semua bahan ulam-ulaman kecuali petai.
  • Didalam periuk yang telah disediakan, masukkan cili yang telah dikisar.
  • Masukkan semua bahan yang telah dihiris, masukkan santan dan tempoyak.
  • Buka api dan kacau semua bahan agar sebati.
  • Biarkan sehingga masakan pekat.
  • Tambahkan garam dan serbuk perasa secukupnya.
  • Siap!
Pucuk-pucuk yang diguna
Bahan kisar dan bahan hiris
Sedap giler!!

Masakan ini amat mudah di sediakan namun begitu pucuk-pucuk kayu yang diperlukan agak sukar untuk dijumpai terutamanya jika anda duduk di bandar. Kadang kala pucuk kaduk dan pucuk labu sukar untuk ditemui walaupun di pasar tani. Namun apabila anda berkesempatan jangan lupa untuk mencuba resepi ini kerana keenakannya amat berbaloi-baloi! Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Total
0
Shares
Previous Article

Resepi Spagetti Bolgenese Macam Makan Dicafe Mahal

Next Article

Resepi Kek Marble Ombre Lain Macam Tapi Confirm Sedap