Resepi Sambal Sotong Dalam Tin (Express)

Resepi berikut merupakan resepi sambal sotong yang paling mudah untuk disediakan. Sambal sotong kali ini menggunakan sotong dalam tin, jenama yang digunakan dalam resepi ini ialah Rex dan ia mudah ditemui. Resepi ini juga menggunakan bahan yang sangat minima, oleh itu ianya sesuai bagi anda yang sering kesibukan. Berikut adalah bahan-bahan dan cara-cara yang diperlukan untuk menghasilkan sambal sotong express ini.

Resepi Sambal Sotong Dalam Tin

Bahan-bahan

  • 1 tin sotong dalam tin (saiz besar, jenama REX)
  • 1 biji bawang besar, hiris kasar
  • 10 sudu penuh cili kisar
  • 1/2 keping asam keping
  • Garam dan guna secukup rasa

Kaedah

  • Sotong diasingkan dari air kicapnya, kemudian ambil isi sotong dan potong kiub. Ketepikan.
  • Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan cili kisar dan masukkan bawang besar yang telah dihiris.
  • Masukkan asam keping, garam secukup rasa dan sedikit gula. 
  • Apabila cili telah naik minyak, masukkan sotong yang telah dipotong kiub tadi.
  • Kemudian masukkan air kicap dalam tin tadi.
  • Kacau agar ia sebati baru tutup api.
  • Siap!

Rasa sambal sotong ini sama seperti sambal sotong kering yang biasa kita dapati di gerai yang menjual nasi lemak. Tetapi oleh kerana saiznya yang kecil ia amat sesuai dihidangkan untuk hidangan tiga atau empat orang. Sesuai juga dihidangkan bersama nasi lemak. Terpulang pada selera anda,oleh itu diharap anda akan mencuba resepi ini. Semoga berjaya!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *