Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Roti Telur Hancur Dan Cheese Leleh Breakfast Sempoi

author name

Ini ialah resepi yang amat mudah disediakan dan biasanya dihidang sebagai sarapan pagi. Ia menggunakan bahan yang ringkas sahaja iaitu roti dan juga telur. Namun bahan yang ditambah di dalam resepi kali ini ialah resepi cheese. Ada dua jenis cheese yang digunakan di dalam resipi ini iaitu cheese mozarella dan juga cheese cheddar. Kedua cheese ini memberi rasa yang lebih umph! 

Sarapan pagi seperti ini sangat sihat untuk anda kerana ia memberi rasa kenyang yang lebih lama terutama apabila anda menggunakan roti tinggi serat. Manakala telur pula adalah satu sumber protein yang memberi rasa kenyang yang lebih lama. Oleh itu anda akan rasa kenyang sehingga waktu makan tengah hari dapatlah anda menjaga berat badan anda. Baiklah berikut adalah bahan-bahan dan cara-cara untuk menyediakan resipi ini.

Bahan-bahan 

  • 2 keping roti putih 
  • 1 biji telur 
  • 1 sudu susu segar
  • 1 sudu Mayonis 
  • Secubit garam
  • 1-2 sudu besar cheese mozarella diparut
  •  1 keping cheese slice

Kaedah 

  • Mula-mula pecahkan telur masukkan susu dan Mayonis sejak sedikit garam. Kacau sehingga sebati.
  • Panaskan kuali , masukkan mentega dan masukkan telur kacau sehingga ia menjadi hancur. 
  • Kemudian keluarkan serta ketepikan. 
  • Ambil roti sapukan butter dan panaskan di dalam kuali.
  • Letakkan telur hancur bersama parutan cheese dan kemudian tambahkan cheese slice. 
  • Tutup dengan satu keping  lagi roti, terbalik dan  kemudian tutup kuali agar cheese menjadi cair. 
  • Siap!

Amat penting bagi anda menggunakan telur yang masih baru dan segar manakala pilihan cheese itu pula anda boleh gabungkan dengan apa-apa jenis cheese sahaja malah anda boleh menggunakan satu jenis cheese juga. Makanlah ia tanpa sebarang cili sos kerana dengan ini anda dapat mengurangkan kalori dalam bidang ini. Diharap anda akan cuba resipi ini, selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *