Resepi Roti Puri ( Macam Kedai Mamak)

Bangun pagi, kadang-kadang buntu tukang masak. Hendak masak apalah pagi ini?. Kalau dirumah menu mudah biasanya nasi goreng,bihun goreng atau mee goreng. Kalau teringin roti canai, kenalah ke kedai mamak pula. Hendak buat sendiri? Nampak rumit pula.

Resepi hari ini, Madam gunakan bila kehabisan idea untuk menu sarapan pagi. Sebab resepi ini sangat mudah. Ia juga sangat sedap dinikmati bersama sambal tumis,kari ayam atau sambal sardin. Bahan yang diperlukan mudah didapati dirumah. Bahan yang sangat mudah.

Pembikinannya juga mudah dan cepat. Cuma perlu tahu petua-petua yang betul untuk hasilkan gelembung pada roti puri ini. Jika tidak betul cara mengoreng roti tidak akan mengelembung dan kurang sedap.

Sebelum itu,mari lihat bahan-bahan yang diperlukan.

Resepi Roti Puri ( Mudah Dan Sedap)

Bahan-Bahan

  •  2 cawan tepung gandum.
  •  2 sudu besar minyak masak.
  •  1/4 sudu kecil garam.
  • 1 sudu kecil susu tepung (sekiranya anda ingin puri lembut dan berlemak).
  •  1/2 sudu kecil gula.
  • Air suam secukup untuk membuat doh.

Kaedah

  •  Masukkan tepung gandum, tepung susu, garam dan gula dalam sebuah bekas. Adunkan semua bahan-bahan ini supaya rata.
  •  Masukan sedikit demi sedikit air suam dan uli tepung. Uli tepung sehingga anda mendapat doh seperti doh capati.
  • Biarkan doh tersebut dalam bekas tertutup selama 20 minit.
  • Bahagi-bahagikan doh itu beberapa bentuk bebola sama saiz yang berukuran seperti bola tenis.
  • Guna dua helai plastik sebagai lapik,supaya ia tidak melekat semasa leperkan doh roti puri.
  • Panaskan minyak dalam kuali hingga betul-betul panas. Ia untuk menghasilkan kembungan yang cantik.
Cicah dengan sambal sardin.
Cicah dengan kari ayam pun sedap.

Doh perlu diuli hingga tidak melekat pada tangan. Lebih lama diuli lebih baik dan lembut roti puri anda. Minyak juga harus betul-betul panas. Kecilkan api semasa masukkan roti ini. Tekan dengan sudip supaya ia mengelembung. Bolehlah dicuba untuk minuman petang juga. Jangan lupa cuba resepi-resepi lain juga ya.

Total
0
Shares
Previous Article

Resepi Ayam Rendang Pulau Pinang ( Tak Pakai Santan)

Next Article

Resepi Sambal Sardin ( Buat Pencicah Atau Inti Sandwich)