Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Roti Jala (Versi Hijau)

Resepi berikut merupakan sebuah resepi yang kerap,dihidangkan dalam hidangan minuman petang. Roti jala secara asasnya dibuat menggunakan tepung gandum,telur dan sedikit air ataupun susu. Kemudian ianya digoreng dengan minyak yang sangat minima. 

Masakan ini amat mudah untuk disediakan,jika anda ingin mencuba sendiri resepi ini berikut adalah bahan yang diperlukan.

Resepi Roti Jala
Bahan bahan

  • 3 cawan tepung gandum
  • 2 1/2 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 biji telur
  • 3 cawan air/santan/susu segar (saya guna air dicampur sedikit santan)
  • Sedikit pewarna hijau (emulco pandan)

Kaedah

  • Kisar semua bahan di atas hingga sebati. Kalau nak tahu adunan dah boleh dijala atau belum, cuba masukkan sesenduk ke dalam acuan. 
  • Kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh di jala menggunakan kuali non stick. 
  • Kuali biasa pun boleh asal tak melekat. Kalau pekat tambah air lagi sehingga boleh dijala.
  • Lepas jala atas kuali biarkan dalam beberapa saat. 
  • Alih apabila ia mulai masak dan terus gulung/lipat ia.
  • Siap.

Roti jala ini paling sedap dinikmati dengan kuah ayam masak kari. Sesuai untuk open house sebab walaupun sampai ke petang roti jala tu tetap lembut seperti baru dimasak. Pastikan anda menggunakan kuali tidak melekat (non-stick pan), agar roti yang dihasilkan lebih cantik. Selamat mencuba ya!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!