Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Roti Cream Cheese Garilc (Korean Viral)

author name

Resipi kali ini merupakan satu lagi resipi viral daripada negeri Korea. Kebelakangan ini menu-menu daripada Korea amat popular di negara kita. Ini kerana ia sememangnya sedap dan juga mudah untuk disediakan.Roti ini disediakan menggunakan inti cream cheese kemudian dicelup dengan bancuhan telur sebelum dibakar untuk menghasilkan efek garing.

Bagi anda peminat ‘baking’ bolehlah mencuba resipi ini kerana ia boleh mencabar kemahiran anda. Berikut adalah bahan-bahan dan cara-cara untuk menyediakan resipi ini.

Resepi Roti Cream Cheese Garilc

Bahan A

  • 1kg tepung gandum
  • 100g gula pasir
  • 11 g yis
  • 20g susu tepung
  • Garam 2 sudu teh
  • 1 sudu teh bread improver (pilihan)
  • 1 sudu teh bread softner (pilihan)
  • 2 biji telur (apa-apa gred)

Bahan B

  • 100g butter/marjerin
  • 440 ml air 

Kaedah 

  • Mula-mula campurkan semua bahan A.
  • Masukkan ke dalam mangkuk pengadun.
  • Selepas itu dengan menggunakan pemukul ‘hook’ hidupkan mesin pengadun, dan biarkan sehingga semua bahan sebati.
  • Perlahan lahan tuangkan air ke dalam adunan itu sehingga doh menjadi bulat.
  • Kemudian masukkan pula majerin/mentega  ke dalam adunan tersebut. 
  • Teruskan menguli sehingga adunan menjadi elastik.
  • Keluarkan doh dan uli sedikit.
  • Masukkan semula kedalam mangkuk adunan dan biarkan doh berehat sehingga menjadi besar sekali ganda saiznya. Biasanya masa diperlukan ialah 60 minit.
  • Kemudian keluarkan doh dan bahagikan ia menjadi doh kecil. 
  • Beratnya ialah dalam 300g setiap satu.
  • Susun didalam loyang yg telah digris dengan minyak saiz 8”.
  • Biarkan doh berehat lagi 30 min.
  • Kemudian sapukan dengan bancuhan telur dan sedikit air.
  • Bakar pada suhu 180c selama 20-25 minit.
  • Keluarkan roti dari loyang sejurus ia masak dan sapukan dengan mentega agar ia berkilat.
  • Sejukkan dan ketepikan.

Inti Cream Cheese

  • 200 g cream cheese
  • 30 g gula
  • 50 g krim putar

Kaedah

  • Pukul cheese sehingga kembut sepenuhnya.
  • Kemudian masukkan gula dan pukul lagi.
  • Akhir sekali masukkan krim putar
  • Ketepikan

Sos bawang putih (garlic sauce)

  • 150 g butter cair
  • 1 sudu besar bawang putih cincang 
  • 2 sudu besar susu
  • 2 sudu besar susu manis 
  • 1 biji telur
  • ¼ sudu teh garam
  • Daun parsli cincang (pilihan)

Kaedah

  • Campurkan semua bahan.
  • Ketepikan

Kaedah penyediaan roti cream cheese garlic

  • Ambil roti yang telah siap dibakar. 
  • Kemudian potong belah roti tersebut kepada lapan bahagian. 
  • Masukkan inti cream cheese kedalam beg piping dan paipkan dicelah belahan roti tadi
  • Selepas itu celupkan roti tersebut ke dalam bancuhan sos bawang putih.
  • Pastikan sempurna celupan agar tiada kawasan roti yang tidak dicelup.
  • Bakar pada suhu 180c selama 10 minit sahaja.
  • Sejukkan diatas besi redai sebelum dihidang.
  • Siap!

Masakan ini amat sedap dan juga ia tahan untuk beberapa hari. Haruman bawang putih bersama keenakan cis yang digunakan menghasilkan satu rasa yang jarang kita temui jadi tidak hairanlah ia mendapat permintaan yang tinggi di Korea. Diharap anda akan mencuba resipi ini,selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *