Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Rendang Sotong (Sedap Lain Macam)

author name

📄

Resepi kali ini ialah resepi berasaskan rendang yang biasanya dimasak pada majlis istimewa. Rendang lazimnya dimasak dengan menggunakan ayam, daging atau itik. Namun perkongsian kali ini akan menggunakan makanan laut sebagai bahan utamanya iaitu sotong. Agak unik kerana makanan laut biasanya tidak boleh dimasak lama seperti lazimnya masakan rendang. Jadi bagi anda yang tertanya apakah rasanya rendang sotong, berikut adalah bahan yang diperlukan.

Resepi Rendang Sotong
Bahan utama

  • Sotong
  • Santan

Bahan kisar dan tumis

  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Halia.
  • Lengkuas
  • Kunyit hidup
  • Serai
  • Cili api
  • Rempah 3 sekawan(biji ketumbar, jintan manis, jintan kasar)

Kaedah

  • Mula-mula bersihkan sotong dan biarkan tanpa dipotong.
  • Kisar semua bahan kecuali bahan rempah 3 sekawan.
  • Apabila ia telah naik bau, masukkan santan dan sedikit air jika terlalu pekat.
  • Masukkan kerisik, garam dan serbuk secukup rasa.
  • Masak sehingga kuah menjadi pekat.
  • Akhir sekali masukkan sotong dan biarkan ia pekat baru tutup api.
  • Siap!

Oleh kerana sotong ini tidak boleh dimasak lama, anda boleh juga mengukus sotong lebih awal agar airnya dapat dikurangkan. Begitu juga tahap kepedasannya bergantung pada citarasa anda jika ingin pedas bolehlah anda menambah sukatan cili. Resepi ini tidak memberi sukatan tepat agar anda dapat menganggarnya mengikut citarasa anda. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Rendang Udang Daun Kunyit

Resepi Rendang Ketam

Resepi Rendang Kerang

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *