Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Rendang Limpa Campur Kaw-Kaw Pedas Berapi

author name

Resepi kali ini merupakan resepi rendang yang menggunakan limpa dan hati lembu sebagai bahan utamanya. Kebiasaannya rendang yang menggunakan organ haiwan ini memerlukan bahan rempah yang kuat seperti halia, kunyit dan lengkuas ini bagi menghilangkan bau limpa yang agak kuat. Daun limau purut dan daun kunyit juga digunakan untuk menambah aroma dan rasa yang lebih sedap.

Jom lihat bahan-bahan dan cara untuk menyediakan rendang yang amat sedap ini.

Bahan-bahan

  • ½ kg limpa (rebus dan siat kulit luarnya)
  • ½ kg hati lembu (rebus)
  • ½ daging bahagian lembut

Bahan kisar

  • 3 inci kunyit hidup
  • 3 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 3 batang serai
  • 6 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 genggam cili api (pilihan)
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 2 paket kerisik
  • Garam
  • 1 ketul gula Melaka 
  • Serbuk perasa 
  • Serbuk kunyit 
  • Daun kunyit
  • Cili kisar
  • Santan 1kg
  • Asam keping 1 keping
  • 1 mangkuk kecil cili kisar
  • 1 helai daun kunyit (hiris halus$
  • 3 helai daun limau purut

Kaedah

  • Potong kiub daging,limpa dan hati.
  • Masukkan semua bahan telah dikisar kedalam kuali
  • Masukkan daging dan buka api
  • Masukkan serai, asam keping sekali
  • Biarkan airnya kering sebentar
  • Kemudian masukkan santan dan kacau sehingga sebati
  • Masukkan limpa dan hati pula
  • Kacau sentiasa agar ia tidak hangit
  • Apabila kuah mengelegak masukkan gula Melaka
  • Kacau hingga gula Melaka cair sepenuhnya
  • Apabila kuah telah pekat masukkan kerisik dan kacau lagi.
  • Masukkan daun limau purut dan hirisan daun kunyit apabila rendang mulai naik minyak.
  • Siap!

Dalam resepi rendang seperti ini, sebaiknya guna santan kelapa yang segar. Penggunaan santan kotak boleh diterima cuma rasa lemaknya agak kurang. Begitu juga penggunaan kerisik adalah untuk menaikkan rasa berlemaknya. Sedikit info menarik, santan tidak mengandungi kolesterol oleh itu ia juga sesuai bagi orang yang sedang menjaga permakanan. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *