Resepi Rendang Ayam Cili Padi (Bersama Rempah)

Resepi kali ini merupakan salah satu koleksi resepi rendang ayam. Rendang ayam walaupun mempunyai banyak versi namun resepi berikut mendapat banyak peminat. Rendang ayam kali ini menggunakan cili api dan rempah ratus.Oleh itu ia sangat sesuai bagi mereka yang meminati makanan pedas. Bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan boleh anda dapati di kedai yang berdekatan.

Resepi Rendang Ayam Cili Padi

Bahan-bahan

  • 8 ketul ayam
  • 3 ulas bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1/2 biji bawang besar*
  • 1/2 inci halia*
  • 1/2 inci lengkuas*
  • 1/2 inci kunyit*
  • 3 batang serai*
  • 20 biji cili padi* kisar bahan bertanda *
  • 1/2 sudu ketumbar (disangai dan tumbuk)
  • 1/2 sudu jintan manis (disangai dan tumbuk)
  • Santan dari sebiji kelapa
  • Daun kunyit (hiris halus)
  • 1 sudu kecil kerisik
  • Gula melaka
  • Garam
  • Air asam jawa

Kaedah

  • Kisar semua bahan yang bertanda *.
  • Tumis bahan kisar hingga naik baunya. Masukkan ketumbar dan jintan. Kacau sebati.
  • Masukkan santan, daun kunyit dan ayam.
  • Setelah separuh kering, masukkan kerisik. Perasakan dgn garam, gula dan asam jawa.
  • Tunggu hingga kuah kering dan bolehlah dihidangkan.

Rasa rendang ini sangat pedas, cara untuk masak rendang yang sedap ialah anda perlulah menggunakan santan yang banyak dan juga kerisik bagi menghasilkan minyak santan. Sesuai dimakan bersama ketupat atau lemang malah ia juga sesuai dimakan bersama nasi panas, selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Give a Comment