rempeyek

Resepi Rempeyek Kacang Tanah & Ikan Bilis Versi Paling Sedap dan Rangup!

Rempeyek merupakan salah satu hidangan snek yang amat popular di Malaysia. Ianya menjadi kegemaran ramai di antara kerana kerangupannya digabungkan bersama dengan kacang tanah yang manis dan masin ikan bilis. Rempeyek juga sesuai dihidangkan pada waktu minum petang dan juga boleh dimakan pada bila – bila masa sahaja.

Cara pembuatan rempeyek ini tidaklah sukar sebenarnya. Namun begitu, kemahiran membuat rempeyek ini hadir bersama dengan pengalaman. Oleh itu, anda haruslah mula membuat dahulu sebelum dapat menghasilkan yang terbaik. Bahan untuk membuat rempeyek ini juga mudah untuk didapati tau!

Resepi ini dikongsikan oleh ALin Hamzah dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Jom kita lihat!

Resepi Rempeyek Kacang Tanah & Ikan Bilis

rempeyek
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

  • Setengah paket tepung beras
  • 1 sudu besar tepung jagung

Bahan tumbuk:

  • 2 sudu besar jintan putih
  • 2 sudu besar ketumbar
  • 2 ulas bawang kecil
  • 2 ulas bawang putih
  • Ikan bilis
  • Kacang tanah (disangai dan diketepikan)
  • Jintan putih (disangai)
  • Ikan bilis
  • Santan

Cara – cara memasak:

  1. Satukan adunan tepung beras dan tepung jagung
  2. Letakkan bahan yang ditumbuk tadi.
  3. Letakkan santan yang bercampur air tadi
  4. Letakkan jintan yang disangai tadi.
  5. Kacau rata, adunan mestilah tak terlalu pekat dan tak terlalu cair ya.
  6. Letakkan sedikit garam / penambah perisa kalau suka.
  7. Panaskan minyak masak.
  8. Masukkan 2 sudu besar minyak panas kedalam adunan untuk mendapat kerangupan.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ingin mencuba lagi resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa lagi resepi yang boleh anda cuba. Confirm menjadi punya! Kini, bolehlah anda menghidangkan hidangan ini kepada yang tersayang! Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini! Semoga berjumpa lagi.

Total
0
Shares
Previous Article
sambal mangga ikan kering

Resepi Sambal Mangga Ikan Kering Boleh Makan Begitu Sahaja!

Next Article
kuih sagu mata ikan

Resepi Kuih Sagu Mata Ikan Menu Minum Petang Popular di Malaysia