Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Qasidah Utara (Kuih Tradisonal Utara)

author name

Resipi kali ini merupakan sejenis resepi traditional orang utara. Lazimnya ia dihidangkan sebagai meraikan kesyukuran atau hari istimewa seperti menyambut Ramadan. Kuih ini menggunakan bahan yang sangat ringkas dan cara pembuatannya juga mudah. Bagi anda yang ingin mencuba sendiri resipi ini berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan yang boleh anda dapati dikedai berdekatan .

Resepi Qasidah Utara

Bahan-bahan

  • 5 ulas bawang merah (dihiris halus-halus)
  • 4 sudu besar minyak untuk menggoreng
  • 1 cawan tepung gandum + 2 sudu besar lagi
  • 3 cawan air
  • 7 sudu besar gula pasir
  • sedikit garam halus

Kaedah

  • Gorengkan bawang dengan minyak sehingga ia garing,angkat dan ketepikan.
  • Satukan tepung, air, gula dan garam.
  • Kacau hingga tepung sebati dan larut.
  • Tapiskan ke dalam periuk.
  • Masukkan baki minyak bawang tadi ke dalam periuk tadi.
  • Masak dengan api sederhana kecil sehingga ia memekat.
  • Kacau selalu supaya adunan tidak berketul.
  • Kacau lagi sehingga adunan meletup-letup, pekat dan berkilat.
  • Tuangkan adunan ke dalam loyang dan ratakan.
  • Taburkan bawang goreng tadi dan renjiskan sedikit minyak bawang di atasnya.
  • Siap!

Jika anda tidak pernah mencubanya anda haruslah mencubanya kerana dia mempunyai rasa yang unik, sedap dan menarik. Bagi penggemar kuih muih anda bolehlah mencuba resipi ini sebagai menguji kemampuan diri anda menghasilkan kuih muih Melayu yang sedap. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *