Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Pulut Mangga (Thai Special)

Resepi kali ini adalah resepi pencuci mulut yang sangat popular di restoran-restoran makanan Thailand. Pulut mangga adalah sejenis manisan yang diperbuat dari pulut,santan dan buah mangga yang dipotong dadu. 

Untuk membuat manisan ini,anda pertama haruslah membuat pulutnya terlebih dahulu. Bagi memasakkan pulut anda haruslah merendam beras pulut semalaman terlebih dahulu,kemudian mengukusnya sehingga masak.

Mari kita lihat bahan-bahan yang diperlukan dalam resepi ini.

RESEPI PULUT MANGGA (THAI SPECIAL)

Bahan-bahannya


● Bahan-bahan untuk pulut mangga
● 400 gram beras pulut, rendam semalaman
● 1 cawan santan pekat
● 1 cawan santan cair
● 2-3 sudu besar gula
● sedikit garam
● beberapa helai daun pandan, atau daun pisang
● 2 sudu besar bijan, dibakar tanpa minyak untuk taburan


● 3 biji mangga ( dipotong dadu)

Bahan untuk kuah santan


● 1 cawan santan pekat
● 1 sudu kecil tepung beras atau tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
● 1 helai daun pandan, carik dan simpul
● garam secukup rasa (biar kuah agak masin)

Kaedah


Cara-cara untuk masak pulut


  •  Panaskan pengukus. Lapik dulang pengukus dengan daun pisang atau susun daun pandan rapat-rapat.
  •  Bilas pulut yang telah direndam semalaman dan tapis keluar airnya. Masukkan ke dalam dulang kukusan dan kukus sehingga lembut. Anggaran masa kukus adalah selama 20 minit.
  • Apabila sudah lembut, angkat dan masukkan pulut kukus ke dalam mangkuk yang besar.
  • Satukan santan pekat, santan cair, gula dan garam dan kacau sebati.
  • Tuang bancuhan santan ke dalam pulut yang masih panas tadi.
  • Balik-balikkan pulut dan biar seketika supaya kuah bancuhan meresap ke dalam pulut.
  • Apabila pulut sudah kering meresap kuah santan, ambil garfu dan gemburkan pulut.
  • Hidang bersama kuah santan, buah mangga dan taburan bijan.

Cara-cara untuk kuah santan


  • Panaskan santan pekat di dalam periuk dan masak di atas api yang sederhana.
  • Masukkan garam, daun pandan dan bancuhan tepung.
  • Teruskan kacau supaya santan tidak berketul.
  • Kalau agak cair masukkan sedikit lagi bancuhan tepung. Anda boleh agak-agak kepekatan di sini.
  •  Pastikan kuah mempunyai rasa yang agak masin supaya dapat menyeimbangi rasa manis buah dan pulut.
  • Angkat dan sejukkan.
  • Sediakan dihidangkan bersama pulut dan mangga.

.

Rasa resepi sedap dan sama seperti yang terdapat direstoran-restoran Thailand. Gunakan mangga yang manis dan berkualti bagi menaikkan rasannya yang sedap. Anda boleh menggunakan durian jika anda inginkan perubahan.

Bagi anda yang tidak pernah mencuba masak pulut, ini adalah resepi yang agak mudah dilakukkan. Jadi selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ha senang kan resepi kali ini. Selain daripada resepi ini, ada variasi jenis resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More…!