Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Puding Tiramisu Tak Puas Makan Sikit

author name

📄

Siapa sahaja tak suka dengan pencuci mulut? Semua orang gemar makan pencuci mulut. Kedai pencuci mulut pun sekarang banyak ada di Malaysia. Buat mak-mak di rumah yang tak ada idea untuk minum petang atau pagi apakata cuba resepi puding tiramisu ini. Confirm anak-anak anda sukakanya. Di makan pula ketika waktu sejuk pasti memikat hati sesiapa sahaja. Jom ikuti resepi dari Yusma Mustafa ini.

Bahan-bahan

  • 1 tin susu pekat-
  • 1 tin susu cair-
  • 5 tin air (guna tin susu tadi untuk sukat air)
  • 11 sudu besar tepung kastard (bumbun tau) *maksud bumbun tu penuh membukit.-
  • Biskut marie (nak sedap cari yang perisa kopi)
  • Milo secukupnya

Cara Penyediaan

  1. Masukkan susu cair, susu pekat, air dan tepung kastard ke dalam periuk.
  2. Kacau bagi sebati.
  3. Kemudian, kacau atas dapur guna api sederhana. Bila pekat dan berkilat boleh tutup api.
  4. Masukkan ke dalam loyang/bekas secara berlapis. Mula dengan kastard, biskut marie pastu tabur milo.
  5. Selepas itu ulang lagi kastard-biskut marie-milo sampai kastard jadi lapisan last.
  6. Selepas itu blend kasar 7 keping biskut marie dengan 5 sudu besar milo. Kemudian tabur atas lapisan kastard tadi. Siap dan boleh simpan dalam peti ais.
    *Resepi ni boleh dapat 40 cup kecik dan pendek yang biasa orang duk buat dadih.

Kalau anda seorang yang tidak pandai membuat kuih atau pencuci mulut, resepi ini sesuai untuk anda. Bahan dan cara penyediaan sangat mudah dan tidak merumitkan. Boleh di jadikan juga sebagai makanan pot luck atau majlis keraian. Mudah kan?

Resepi Menarik Yang Lain

Terdapat banyak lagi resepi pencuci mulut yang kami sediakan untuk anda dan boleh jadikan sebagai rujukan. Terima kasih juga kerana mengikuti resepi kami ini.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *