Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Puding Jagung (Lemak Berkrim)

author name

📄

 Resepi kali ini merupakan salah satu resepi dalam koleksi puding. Puding jagung antara pencuci mulut yang sangat mudah untuk disediakan. Ia tidak memerlukan sebarang  oven ataupun pengukus. Satu masa dulu puding jagung digunakan sebagai meraikan hari ulang tahun kelahiran. Ini kerana ianya sedap dan mudah untuk disediakan.Sekali skala apa kata anda cuba resipi ini sebagai meraikan ulang tahun kelahiran. Berikut adalah bahan-bahan dan cara-cara yang diperlukan untuk menyediakan puding ini.

Resepi Puding Jagung 

  • 2 cawan tepung kastard
  • 5 cawan air
  • 2 cawan susu cair (lebih kurg 1tin)
  • ½ cawan santan kotak
  • ½ cawan fresh milk
  • ½ cawan susu pekat
  • 1 tin jagung (creamy corn)
  • 8 sudu makan gula
  • 1 sudu kecil garam
  • ½ sudu kecil pewarna kuning

Kaedah

  • Masukkan semua bahan dalam kuali besar bila sebati buka api sederhana. 
  • Kacau sehingga adunan menjadi pekat perlahankan api.
  • Kacau sentiasa agar adunan tidak hangit dibahagian bawah.
  • Masak sehingga aduanan mulai meletup-letup.
  • Tutup api dan biarka sebentar sebelum masukkan kedalam loyang.
  • Sejukkan beberapa jam sebelum dihidangkan.
  • Siap!

Puding jagung perlulah di sejukkan sebelum dihidang kerana ia mengambil masa untuk menjadi keras dan rasanya juga lebih sedap. Potong menggunakan pisau yang dipanaskan agar mendapat potongan yang cantik. Sesuai dijadikan hidangan pencuci mulut juga, diharap anda akan cuba resipi ini, selamat mencuba

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *