RESEPI PISANG GORENG KIPAS

RESEPI PISANG GORENG KIPAS

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ni berkesempatan membuat pisang goreng kipas. Kebetulan biras saya ada bg pisang nipah……bolehlah mencuba. Pisang goreng kipas ni popular di Pontianak, Indonesia. Kalau nak makan dan nak merasanya, tak perlu ke sana……zaman dah maju….semuanya boleh dapat dihujung jari je. Memang rangup dan sedap…..rasanya manis sebab dalam adunan ada letak gula, rangup sebab disalut dengan serbuk roti. Pisang nipah paling ideal kalau nak bentukkannya jadi kipas. Buatnya taklah susah sangat, semua bahan ada kat dapur kecuali pisang…..sapa tak de, kene beli!!!!!.

Bahannya:
pisang nipah secukupnya
2 biji telur
250gm tepung gandum
100gm butter cair
2sm gula pasir
250ml air
garam secukupnya
serbuk roti secukupnya

Caranya:
1. Ambil sebiji pisang, dibelah 4 @ 5 tetapi jangan putus. Kita kembangkan pisang tu seperti kipas. Hati2, jangan sampai putus. Buat hingga banyak mana yang diperlukan.
2. Adun semua bahan kecuali serbuk roti, hingga rata dan sebati.
3. Celup pisang tadi dalam adunan, kemudian salut pula ke dalam serbuk roti. Buat hingga pisang habis.
4. Panaskan minyak masak, goreng hingga garing dan keemasan. Angkat dan toskan.
5. Pisang ni sedap juga dimakan dengan coklat cair atau tabur keju parut diatasnya.

Selamat mencuba.

kredit resepi : tidak dapat dikesan,jika ini resepi anda mohon jasa baik untuk pm page,untuk admin masukkan nama anda sebagai kredit resepi..terima kasih

Total
0
Shares
Previous Article

Mango Cheese Cake

Next Article

Kuih Angko @ Kura-kura