Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Pisang Goreng Coklat Cheese (Resepi Viral)

author name

 Resepi kali ini merupakan satu lagi resepi tular yang popular. Ini kerana ianya sememangnya amat sedap dan digemari ramai. 

Pisang goreng cheese agak mahal juga dijual di gerai. Namun oleh kerana rasa yang sedap ia sentiasa mendapat permintaan, kita bayangkan lah jika anda punya anak enam dah tentu tidak cukup jika  beli satu bungkus. Perkongsian kali ini akan membawa kepada anda resepi pisang goreng cheese yang ringkas dan boleh anda sediakan sendiri dirumah. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan sadur pisang

  • 1 cawan tepung gandum
  • 3 cawan tepung beras
  • Secubit garam
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu besar air kapur
  • Air secukupnya (agar bancuhan tidak terlalu pekat atau cair)
  • Pisang nipah atau pisang abu (buang kulit dan belah 3)
  • Coklat parut
  • Susu manis
  • Cheese parut

Kaedah

  • Mula-mula bancuh semua bahan saduran pisang dahulu.
  • Panaskan minyak yang banyak dalam kuali
  • Kemudian celup pisang didalam bancuhan yang telah disediakan.
  • Goreng pisang dan alih apabila telah cukup garing
  • Toskan minyak dan letak didalam bekas yang sesuai.
  • Taburkan susu manis mengikut jumlah yang anda suka.
  • Kemudian parut coklat dan juga cheese
  • Sedia untuk dihidangkan.
  • Siap!

Untuk rasa yang lebih sedap gunakan cheese mozarella dan bakar sebentar di dalam ketuhar untuk mewujudkan efek tarik. Diharap anda akan cuba resipi ini kerana ia amat mudah untuk disediakan malah amat sedap tak pasti digemari keluarga anda.

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *