Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Pes Ikan Bakar Bersama Air Asam Kerisik Boleh Buat Bila Bila Masa

author name

Ikan bakar merupakan salah satu hidangan yang amat lazat, sihat dan mudah untuk disediakan. Ianya tinggi dengan protein serta kaya dengan lemak omega-3. Ikan bakar juga tidak menggunakan minyak dengan banyak, oleh itu ianya rendah kolestrol dan sesuai untuk dimakan oleh sesiapa sahaja tanpa mengira umur. Ikan bakar juga sesuai dihidangkan bersama dengan air asam kerisik.

Gabungan air asam dan ikan bakar serta nasi putih amat enak dan menyelerakan. Kali ini kami bawakan resepi pes ikan bakar supaya anda boleh menyediakan ikan bakar pada bila bila masa sahaja. Resepi ini juga sesuai buat mereka yang sedang bekerja dan inginkan hidangan yang cepat tetapi lazat. Kami juga bawakan resepi air asam kerisik yang amat sedap khas buat anda semua.

Resepi ini dikongsikan oleh Sharla Rose dan telah mendapat banyak comments dan shares di Facebook. Jom kita lihat resepi pes ikan bakar ini!

Resepi Pes Ikan Bakar

pes ikan bakar 1
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

  • 1/2 bawang holland
  • 8 biji bawang merah
  • 2 sudu kecil udang kering
  • 3 biji cili merah
  • 2 inci lengkuas
  • 2 inci halia
  • 4-5 batang serai
  • 5 helai daun limau purut
  • 10 tangkai cili kering
    Kisar semua bahan di ats hingga halus.

    Bahan lain:
  • 6 sudu cili dikisar
  • 2 sudu kecil gula melaka
  • 1 keping asam keping
  • Garam
  • Gula
  • Minyak
  • Serbuk cukup rasa

Cara – cara memasak:

  1. Panaskan minyak, tumiskan kesemua bahan kisar sehingga naik aroma wangi.
  2. Tumiskan sehingga warna menjadi sedikit kekuningan.
  3. Masukkan cili kisar dan asam keping. Gunakan api sederhana untuk beberapa minit dan tumis sehingga pecah minyak.
  4. Akhir sekali, masukkan gula melaka dan serbuk perasa.
  5. Masak sehingga pecah minyak sekali lagi dan siap!
  6. Sediakan daun pisang yang agak besar dan letakkan ikan di atas daun pisang dan lumurkan pes ke atas ikan.
  7. Lumurkan ke dalam perut ikan juga sehingga rata.
  8. Bakar sehingga masak.
pes ikan bakar (2)
Imej via Facebook

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ingin mencuba lagi resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa lagi resepi yang boleh anda cuba. Confirm menjadi punya! Kini, bolehlah anda menghidangkan hidangan ini kepada yang tersayang! Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini! Semoga berjumpa lagi.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.