Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Pancake Korea (Sedap Sangat!)

Pancake Korea merupakan pancake yang mempunyai rasa “savoury” dan pedas. Akan tetapi, pancake korea yang kami bawakan kali ini, berasa manis dan sesuai untuk semua lapisan umur.

Pancake Korea kali ini amat mudah untuk disediakan. Ianya juga sesuai untuk dihidangkan pada waktu sarapan serta minum petang. Anda juga boleh meletakkan inti mengikut kepada selera anda sendiri.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Husna Nasarudin dan mendapat 1.2 k perkongsian di Facebook beliau. Apa tunggu lagi, jom kita tengok!

Resepi Pancake Korea

pancake-korea
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 1 cawan air suam
  • 1 sk garam
  • 1 1/2 sb gula
  • 2 sk serbuk yis
  • 1 cawan tepung gandum (diayak)
  • 1 cawan tepung pulut (diayak)

Inti:

  • 1 sk cinnamon powder
  • 2-3 sb gula perang
  • 1-2 sb kacang yang dicincang

Cara – cara memasak:

  1. Masukkan air suam, garam, gula, dan yis ke dalam mangkuk besar.
  2. Masukkan tepung gandum dan tepung pulut ke dalam mangkuk tadi dan gaul rata menggunakan senduk. Adunan memang lembik, jangan tambah tepung. Tutup mangkuk menggunakan plastic wrap atau apa sahaja, dan biarkan selama sejam. Saya tutup dengan penutup periuk je.
  3. Selepas sejam dan doh dah naik 2 kali ganda, gaul rata sekali lagi sambil buang angin dia. Kemudian tutup dan tunggu sepuluh minit lagi.
  4. Sambil itu, boleh sediakan inti. Campurkan sahaja semua bahan inti. Saya ada juga letak nutella sebagai inti. Sedap!
  5. Tabur tepung gandum di atas dulang/ pinggan yang anda akan guna selepas bahagikan doh. Bahagikan doh kepada 8 bahagian. Jangan lupa untuk salut tangan anda dengan tepung gandum sebelum anda pegang doh, supaya doh tak melekat pada tangan. Masukkan inti ke dalam setiap bahagian doh.
  6. Goreng doh atas kuali leper yang sudah panas dan diletak minyak. Tak perlu goreng deep-fry tapi minyak kena letak sikit-sikit setiap kali doh diterbalikkan. Tekan-tekan doh bagi leper dan terbalikkan 2-3 kali supaya masak sekata.
  7. Dah boleh makan macam tu je atau makan dengan aiskrim vanilla dan drizzle madu/ mapple syrup. Sedap! Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang anda boleh cuba:

Mudah kan resepi ini? Ada lagi variasi resepi yang pastinya boleh anda cuba. Jangan lupa untuk mervariasikan resepi hasil air tangan anda! Oh, pastikan anda menekan butang kongsi dan kongsikan kepada rakan – rakan anda ya!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More…!