Resepi Overnight Oats Peanut Butter Coklat Sarapan Pagi Bagi Kurus

Resepi kali ini ada resepi sarapan pagi yang menggunakan oat sebagai bahan utamannya. Overnight oat adalah sejenis-sarapan pagi yang diperbuat daripada rolled oats, chia seed, susu dan juga yogurt. Ia amat mudah untuk disediakan dan tidak perlu dimasak. Namun begitu ianya perlulah disediakan lebih awal kerana ia perlu masa sekurang kurangnya 12 jam untuk benar-benar  sebati dan sedap. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 1cawan rolled oat
  • 1 sudu besar chia seed
  • 1 cawan susu
  • ½ cawan yogurt plain
  • 2 sudu besar peanut butter
  • 1 sudu besar serbuk koko 

Kaedah

  • Campurkan oat,chia seed, susu dan yogurt.
  • Kacau sebati
  • Kemudian masukkan peanut butter dan koko
  • Kacau rata dan kemudian baru simpan didalam botol sekurang-kurangnya 12 jam.
  • Siap!

Overnight oat ini menggunakan peanut butter rendah gula dan serbuk koko tanpa gula. Lazimnya ia disediakan di dalam botol kerana ianya lebih mudah untuk dinikmati disebelah pagi namun begitu adalah tidak salah jika anda ingin menyediakannya di dalam mangkuk mengikut citarasa. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Total
0
Shares
Previous Article

Resepi Overnight Oats Mixed Berries Boleh Kuruskan Badan

Next Article

Resepi Kopi Mocha Latte Mahal Macam Kat Hotel